Written by AbangNara | November 22nd, 2013

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember 2013.
destiniKonsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu.
destiniObjektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
destiniKetua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.