Written by serenity | October 25th, 2017

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Datuk Seri Maria Menado, pelakon Adiputra juga adalah antara penerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Ke 87 SUltan Pahang yang berlangsung semalam.

Adi mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya dan keluarga melalui satu kapsyen Instagram:

Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yg adi tercinta, Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi.

Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, ialah Penaung Pertubuhan Kebajikan Kanser Johor atau Johor I Care Society.

Lagi gambar dengan  membaca entri ini sepenuhnya.
“Raja dan Pemaisuri Langkasuka begitu menginginkan anak, hinggakan mereka terpaksa membuat perjanjian dengan Naga Berapi. Tercapaikah hasrat mereka? Apakah perjanjian itu dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Jom sama-sama saksikan Panggung Seni Tradisional- Teater Melayu Jikey di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC Jalan Ampang, uala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 20 (biasa) dan RM 50 (premier) boleh anda dapatkan dengan menghubungi 010-3693964 / 019-5635036 #mysenibudaya ”

 
Written by serenity | October 3rd, 2017

Umum mengetahui bentuk tubuh Zulin Aziz yang semakin langsing ialah kerana dia dilatih oleh model kecergasan Ahya Rosli yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Normah Damanhuri.

Kedua-duanya rapat dan dikatakan bercinta walaupun Zulin menafikannya. Zulin juga sangat rapat dengan Normah sehinggakan dia sendiri membuat pengakuan bahawa wanita kedua yang dianggap seperti ibunya selain ibu kandung ialah Normah semasa sambutan Hari Ibu baru-baru ini di Instagram.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

>

 
Written by serenity | September 11th, 2017

Setelah berbulan-bulan menutup rapat kisah cinta mereka, Engku Emran dan pelakon Indonesia, Laudya Cythia Bella telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat, 8 September di Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, Laudya sangat mensyukuri kehadiran Aleesya, anak Engku Emran dengan isteri, pelakon Erra Fazira dan meluahkannya di Instragram.

Tulis Laudya:

Saya cintakan Dia sepenuh hati, sebagai balasan Allah memberikan saya harta yang tidak ternilai iaitu Aleesya.

 
Written by serenity | August 10th, 2017

Sekitar awal tahun ini, pelakon Izreen Azminda, pernah diberitakan sedang mengenali seseorang dan mempunyai kesediaan untuk kembali bergelar isteri.

20066876_469874583380763_3108140589414088704_n

Menyatakan hatinya sudah dimiliki, Izreen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lelaki itu.