Written by AbangNara | November 30th, 2010

vshub

Lama betul kami tak bercerita tentang vsHub, satu website yang memudahkan anda untuk membeli-belah di lebih 300,000 kedai di Amerika Syarikat tanpa memerlukan anda bersusah payah nak fikir pasal penghantaran, alamat di US dan lain-lain perkara yang remeh temeh. Hari ini kami nak maklumkan kepada anda yang laman web vsHub sudah pun berwajah baru. Yang pastinya servis vsHub kini semakin mantap, murah dan pantas.

vshub

Bersempena dengan pelancaran laman web barunya, vsHub kini mengadakan satu promosi yang diberi nama “Budget Shipping“. Dengan hanya RM50 sahaja, anda boleh membeli maksimum 2 barang di US sana dan menghantarnya ke depan pintu rumah anda. Cuma pastikan yang berat barangan tersebut tidak melebih 1 kilogram dan saiz maksimumnya adalah 30 x 30 x 10 cm. Rasanya kasut, buku dan handbag memang sesuai sangat untuk dibeli menggunakan “Budget Shipping” ini. Kalau tak tahu nak beli apa, jangan risau sebab ada vsHub shop untuk anda ushar barangan apa yang menarik untuk dibeli.

vshub

Sila perhatikan gambar di atas betul-betul. Rasanya semua orang dah tahu tentang “Mailbox” dan “My Shopper”. Kalau tak tahu, sila baca entri  tentang vsHub di sini dan di sini. So kali ini kami nak ceritakan pasal satu fungsi baru vsHub iaitu e-Fulfillment. Sekali dengar macam e-Filing kan? Tapi sebenarnya ini ialah untuk anda yang menjual barangan melalui blog dan memerlukan warehouse. Segala proses penyimpanan , penghantaran dan pengesahan penghantaran produk akan dilakukan oleh vsHub untuk business anda. Cuba tengok gambar kat bawah untuk rumusan yang lebih simple:-

vshub

Harga yang ditawarkan untuk e-Fulfillment servis ini tersangatlah murah dan berbaloi-baloi. Kalau business online anda memang maju dan setiap hari ada penghantaran yang perlu dilakukan, kami memang cadangkan anda gunakan vsHub e-Fulfillment ini. Jimat masa. Anda tak perlu habiskan masa dan peningkan kepala setiap kali dapat pesanan. vsHub akan setelkan semuanya sehingga produk anda sampai ke pintu pelanggan anda. Untuk info pasal harga vsHub e-Fulfillment, silalah jangan malu untuk klik sini.

vshub

Kini dengan lebih 11,000 fans Facebook, tak salah untuk kami katakan vsHub adalah salah satu leader untuk website shopping dan penghantaran dari US ke Malaysia. Tambah hebat lagi, jumlah registered user vsHub di Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah pun mencecah lebih dari 10,000 orang. Banyak gile kan? Dan kami yakin hampir kesemua user vsHub sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan kepada mereka.

vshub

Oh ye, kalau anda ada apa-apa yang tidak difahami dan mahukan penjelasan lanjut, jangan malu dan jangan segan untuk bertanya di Facebook vsHub. Mereka semuanya mesra-mesra dan sempoi-sempoi belaka. Jangan risau sebab diorang tak makan orang. Tunggu apa lagi sekarang? Layari vsHub dan bershoppinglah sempena akhir tahun ini (untuk makluman, kedai-kedai di US memang buat diskaun habis-habisan di kala hujung tahun)