Written by AbangNara | January 30th, 2014

Respek Abang Nara dengan prinsip yang dipegang oleh Raja Azmi. Bagi Abang Nara ini adalah satu perkara yang harus dicontohi. Memanglah tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri, namun kalau si isteri mempunyai pendapatan yang lebih, apa salahnya berkongsi dengan suami tercinta? Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban masing-masing. Tak gitu?

raja azmi tanggung suami

Lagipun kita hidup di zaman moden yang penuh dengan pancaroba sekarang. Kalau nak harapkan duit si suami je, pasti tak cukup. Dalam perkahwinan kenalah bertolak ansur dan tolong menolong. Yang penting, kebahagiaan dapat dikecapi. Bak kata Raja Azmi kepada Mstar Online:-

Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi.

Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia.

raja azmi tanggung suami

Hidup suami isteri sememangnya harus pekakkan telinga dan tidak terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Kita lebih mengetahui apa yang terjadi. Abang Nara sokong Raja Azmi. Buat apa kita nak kisah cakap orang lain, ini kehidupan kita. Nanti kalau susah, bukan orang lain itu nak datang tolong pun. Yang penting kita suami isteri bahagia dengan kehidupan kita. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

P.S: Toyota Prius 2015 lebih baik

Written by AbangNara | October 3rd, 2013

Sebelum ini Raja Azmi dan Eddie dikatakan bakal bernikah pada 15 September. Namun seperti yang kita maklum, tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Berita terkini menurut Media Hiburan, mereka berdua bakal disatukan pada 13 Oktober ini di Laman Santai, Istana Budaya kira-kira jam 7.30 malam.

raja azmi kahwin

Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum tarikh tersebut. Semoga segalanya berjalan lancar buat Raja Azmi dan Eddie. Pastinya mereka sedang sibuk membuat persediaan sekarang ini. Kita doakan agar semuanya berjalan seperti yang dirancang. Tahniah buat Raja Azmi dan Eddie atas berita gembira ini.

P.S: Ulasan tentang Toyota Vios 2013

Written by AbangNara | June 7th, 2013

Hot stuff jugak Raja Azmi ini. Asal putus cinta, mesti akan ada lelaki lain yang jatuh hati kepadanya. Memang power!!! Terbaru, Raja Azmi mengakui yang dia sedang bercinta dengan seorang gitaris popular 90-an. Kekasihnya itu adalah seorang duda dan mempunyai umur yang sebaya.

raja azmi

Kata Raja Azmi:-

Ya, saya dah jumpa pengganti Jailani. Umurnya lebih kurang sebaya saya. Dia pernah popular sikit masa dulu. Dia seorang gitaris band 90-an. Dia berambut panjang. Dia sangat kelakar orangnya. Dalam hidup saya, tiga kali saya jatuh cinta. Pertama dengan Misbun Sidek, kedua dengan Jailani Sidek dan ketiga ini, dengan dia. Kami berkenalan di gym. Dah empat bulan lebih kami menjalinkan hubungan cinta. Anak-anak pun okay bila tahu saya bercinta dengan dia

raja azmi

Percintaan Raja Azmi dan si gitaris ini baru memasuki 4 bulan. Menariknya, Raja Azmi akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya apabila perhubungan mereka meneccah 6 bulan. Semoga percintaan Raja Azmi kali ini akan berakhir dengan ikatan sah dan tidak lagi kecundang di tengah jalan.

P.S: Permaidani bunga merah jambu di Jepun

Written by AbangNara | January 23rd, 2013

Nampaknya kesunyian Raja Azmi ketika tidur seorang diri di atas katil bakal terubat tidak lama lagi. Menurut portal Murai, Raja Azmi telah membuat pengakuan yang dirinya kini sedang dilamun cinta dengan seorang pemuzik yang jauh lebih muda daripadanya.

raja azmi

Untuk makluman, umur Raja Azmi pada tahun ini mencecah usia 53 tahun. Sementara itu, kekasih baru Raja Azmi berumur separuh daripada umurnya. Ini bermakna umur jejaka tersebut sekitar 27 tahun. Hebat jugak teknik Raja Azmi mengorat lelaki muda ini. Kata Raja Azmi:-

Gosip tersebut benar. Yes, I’m In Love With A Young Man dan apa yang saya suka tentang diri dia adalah kerana dia seorang yang sangat matang. Malah, dia juga seorang yang benar-benar caring. Walaupun saya lebih berusia daripada dia, tapi dia tidak pernah buat saya rasa diri saya ini tua. Sebaliknya, dia selalu buat saya rasa diri saya ini masih muda. Dan, dia pulak yang carry diri dia macam orang tua. Dah macam terbalik pulak.

raja azmi

Walaupun usia percintaan mereka baru masuk sebulan, bagi Raja Azmi yang penting adalah perasaan yang dikongsi oleh mereka berdua. Romantik juga kata-kata yang dituturkan oleh Raja Azmi. Boleh buat ayat mengorat kalau anda mahu.

Sesetengah orang mungkin akan beranggapan bahawa hubungan kami ini masih terlalu baru untuk dinilai. Namun, bagi saya, cepat atau lambat itu bukanlah isunya. Yang penting di sini adalah perasaan yang dikongsi kami berdua. Perkenalan saya dengan bekas suami, Jalani Sidek pun tidak sampai sebulan juga. Lepas itu, dia terus meminang saya. Hasilnya, rumahtangga kami mampu bertahan selama 28 tahun. Dan, bercinta dengan lelaki muda juga bukanlah sesuatu yang baru buat saya kerana Jalani sendiri sebenarnya muda 5 tahun daripada saya

Tak kisahlah muda ke, tua ke atau sama umur kerana cinta itu sememangnya tidak mengenal usia. Yang penting kebahagiaan dapat dikecapi oleh Raja Azmi dan kekasihnya. Tak gitu? Semoga hubungan ini akan berakhir ke jinjang pelamin akhirnya.