Written by AbangNara | July 21st, 2015

Amboi, merah menyala Nora Danish di pagi Hari Raya Aidilfitri. Orang cantik pakai baju simple pun tetap menyerlah kecantikannya. Pasti ramai yang jatuh cinta melihat keayuan Nora Danish. Seperti biasa, tahun ini Nora Danish telah beraya bersama keluarga bekas mentuanya. Seronok melihat kemesraan yang tetap terjalin antara mereka. Thumbs up!!!

nora danish raya

Kekasih hatinya Nedim pasti berbunga-bunga melihat kecantikan Nora Danish. Kalau Abang Nara, pagi raya tue jugak ajak kahwin. Hehehe. Bunga yang secantik ini haruslah disunting sesegara mungkin. Kang tak pasal-pasal orang lain mengorat pulak. Hik.

nora danish raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat Nora Danish dan keluarga. Semoga Syawal ini lebih bermakna buatnya. Semoga Syawal tahun hadapan Nora akan berhari raya di samping seorang suami. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 25th, 2015

Mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 2 juta orang adalah satu perkara yang cukup mengujakan. Untuk seorang selebriti seperti Nora Danish, ia adalah satu tanda aras kepopularitian. Namun semakin ramai pengikut, semakin banyak ragam. Ada yang sentiasa memuji, ada yang tumpang gembira dengan kebahagiaan Nora Danish dan yang pasti, ada sekumpulan ‘haters’ yang sentiasa akan cuba mengkritik, menghina dan mengeluarkan kata-kata nista.

nora danish

Sebenarnya Abang Nara respek juga kepada Nora Danish (dan juga selebriti lain yang mempunyai ratusan ribu pengikut). Bukan senang nak tebalkan telinga buat tak tahu dan tidak membaca komen negatif yang dilemparkan kepada kita. Kalau Abang Nara lah, mesti dah naik angin dan terbakar jiwa raga. Namun Nora Danish memang ‘cool’ orangnya. Semua itu dianggap lumrah kehidupan. Kata Nora:-

Sedangkan pemimpin negara pun dikutuk, apatah lagi selebriti biasa seperti saya. Bagi saya, segala kutukan yang dilemparkan adalah lumrah dalam kehidupan.

Saya lebih suka tidak ambil tahu mahupun membaca satu persatu komen negatif peminat. Setiap komen, saya balas dengan ungkapan Alhamdulillah

nora danish

Sempoi juga teknik menjawab komen negatif dengan ‘Alhamdulillah’ ini. Confirm si pengkomen bengang. Kadangkala yang suka bagi komen pelik-pelik ini adalah attention seekers. Nak jadi popular sekelip mata jadi buatlah komen mengarut di Instagram artis-artis. Makin dilayan, makin syoklah diorang. Jadi tindakan Nora untuk jawab dengan Alhamdulillah sahaja memang satu keputusan yang bijak. Confirm mati kutu dibuatnya. Hehehe.

nora danish

Apa pun selamat berpuasa diucapkan kepada Nora Danish. Bulan puasa ini Nora Danish khabarnya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan ibadah. Suka juga Abang Nara tengok Nora dan Nedim petang-petang pergi pasar Ramadhan. Siap naik motor lagi. Comel sangat-sangat. Lagi beberapa gambar Nora Danish dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Leka main telefon sehingga kaki termasuk lubang longkang

 
Written by AbangNara | March 20th, 2015

Satu ketika dahulu, sebelum Diana Danielle dan Sharifah Sakinah tampil dengan imej seksi di dalam majalah, Nora Danish pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan aksi menggelegaknya untuk sebuah majalah sekitar tahun 2012. Memang gaya seksinya ketika itu menjadi perbualan hangat dan Nora Danish sendiri mengakui yang gambar tersebut melampau serta tidak bersesuaian dengan status dirinya sebagai seorang ibu.

nora danish seksi

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada kisah di sebaliknya. Setelah sekian lama, Nora Danish tampil untuk bercerita tentang apa sebenarnya yang terjadi. Rupanya Nora Danish diberikan janji palsu oleh pihak majalah tersebut. Kata Nora Danish:-

Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya. Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.

Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakai, sebagai contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.

Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang seperti mana pernah saya lalui

Belajar daripada kesilapannya, Nora Danish kini lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan janji manis mana-mana pihak yang mahu membuat penggambaran majalah dengannya. Kata Nora lagi:-

Sekarang ini saya jadi lebih lagi berhati-hati. Jika ada pihak yang mahu jadikan saya penghias muka depan, saya akan pastikan betul-betul dulu baju yang bagaimana dan penampilan yang mereka mahu saya lakukan.

Saya sedar yang saya ini bukanlah seorang yang sempurna jadi rasanya tidak layak untuk berikan apa-apa tips atau nasihat. Selagi kita ini bergelar artis apa saja yang kita buat akan jadi perhatian orang tidak kira baik atau buruk.

Cuma bagi saya, kita ikut kata hati, maksudnya jika kita rasa tidak selesa melakukan sesuatu itu seperti yang diminta, kita beritahu yang kita tidak selesa dan janganlah terlalu menurutkan kehendak orang lain

nora danish seksi

Inilah asam garam kehidupan seorang selebriti. Dipergunakan itu perkara biasa. Nak tak nak diri sendiri kena menjadi tegas untuk menjaga harga serta maruah diri. Tak ada orang lain nak tolong kita selain diri kita sendiri. Memang ia bukanlah satu perkara mudah kerana selebriti juga perlukan publisiti. Namun haruslah lebih berhati-hati terutamanya jika anda seorang selebriti wanita kerana kemungkinan dieksploitasi itu memang tinggi. Sumber MalaysianDigest.

Written by AbangNara | November 3rd, 2014

Wow. Cantik gila. Serius memang memukau sungguh Nora Danish dalam persalinan yang dipakainya sempena FFM26. Menarik sangat-sangat. Memang makin menyerlahkan kejelitaan dan kecantikan Nora Danish. Tak berkelip mata memandang. Terasa macam nak jatuh cinta plak. Abang Nara bagi 5 bintang.

nora danish ffm26

Apa pun Abang Nara agak kecewa kerana majlis FFM26 dijalankan serentak dengan perlawanan akhir Piala Malaysia Pahang menentang JDT. Memang tak ada oranglah tengok FFM26. Mungkin di masa hadapan pihak penganjur harus lebih peka mengenai aktiviti lain. Agak rugi kalau ‘clash’ macam ini.

nora danish ffm26

Tak sabar nak tengok pakaian Nora Danish untuk Anugerah Skrin nanti. Mesti lagi meletop daripada yang ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nora danish ffm26

P.S: Amboi, amboi, amboi. Anda yang memang cantik confirm akan bertambah cantik dan jelita apabila mengenakan tudung Marlena Adeena Double Layer ini. Pasti si suami akan bertambah sayang kepada anda. Dapatkan segera di www.familynara.com atau nak lagi cepat boleh Whatsapp terus ke 011-3338-7668.