July 11th, 2013

Memang bijak langkah yang diambil oleh Izzue Islam dan isterinya. Untuk pengetahuan anda, banyak komen negatif yang dikeluarkan oleh orang ramai mengenai perkahwinan Izzue dan Awin. Dikatakan umur isterinya yang berusia 31 tahun menjadi punca komen-komen negatif ini bertebaran.

izzue islam

Menariknya, Izzue dan isteri ada membaca komen-komen tersebut. Kata Izzue kepada Mstar Online:-

Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga. Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri

izzue islam

Agaknya peminat-peminat yang melemparkan komen negatif ini mesti kecewa kerana mereka menaruh hati terhadap Izzue Islam. Kalau iyer pun begitu, janganlah sampai mengutuk. Doakan kebahagiaan mereka. Kata Izzue lagi:-

Alhamdulillah walaupun ada yang mengecam tetapi lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kami berdua dan indah sebenarnya alam perkahwinan ini. Pada diri saya sendiri juga banyak perubahan yang saya alami dan berharap rumah tangga kami akan diserikan dengan cahaya mata secepat mungkin

Semoga Izzue dan isteri akan terus kekal bahagia buat selama-lamanya. Di kala bulan Ramadhan ini, banyakkanlah berdoa agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata. Insya-Allah akan dimakbulkan Kepada Izzue dan Awin, selamat berpuasa dan berhari raya sebagai suami isteri buat pertama kalinya tahun ini.

P.S: Puteri Awani (video seminggu bercinta) sudah putus cinta dengan kekasih hati

June 3rd, 2013

Daripada apa yang Abang Nara baca di ruangan komen, perkahwinan Izzue Islam, 23 tahun dan Awin, 31 tahun ternyata telah membuatkan ramai wanita mengalirkan air mata. Namun Abang Nara percaya peminat-peminat Izzue akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya bersama isteri tercinta, bukannya mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar dan menyakitkan hati pengantin baru ini.

izzue islam kahwin

Apa pun Abang Nara suka melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini setelah sah bergelar suami isteri. Memang nampak bahagia sangat-sangat. Dan Abang Nara bertambah gembira apabila Izzue Islam menyatakan kesediaannya untuk bergelar bapa secepat mungkin. Kata Izzue kepada Mstar Online:-

Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami

isteri izzue islam mengandung

Dan Abang Nara pasti Awin akan cair apabila mendengar kata-kata romantik yang dikeluarkan oleh suaminya di hari perkahwinan mereka. Romantik juga si Izzue ini. Kata Izzue:-

Dia seorang yang tidak mudah putus asa malah sangat penyayang, penyabar dan pemaaf. Sudah pelbagai perkara kami harungi sepanjang enam tahun ini dan dialah orang yang sentiasa bersama saya sehingga ke tahap ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan Awin sebagai isteri dan ini adalah hadiah hari jadi yang terbaik pernah saya terima.

Buat Izzue dan Awin, selamat melayari bahtera rumahtangga. Jutaan tahniah sekali lagi atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~

P.S: Park Royal Hotel Singapura yang sangat menakjubkan

January 11th, 2013

Pada pandangan Abang Nara, salah seorang selebriti yang bakal melonjak namanya pada tahun 2013 ini ialah Izzue Islam. Izzue ialah salah seorang calon Top 5 untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular ABPBH2012.

izzue izlam

Memang ada harapan untuk Izzue memenangi kategori ini. Pesaing terkuat Izzue tak lain tak bukan ialah Aiman Hakim Ridza. Antara Izzue dan Aiman, kedua-duanya ada pakej yang tersendiri. Sukar rasanya untuk membuat pilihan.

izzue izlam

Kekasih Awi Rafael iaitu Hanez Suraya turut tercalon di dalam kategori Artis Baru Wanita Popular. Antara pesaingnya di dalam kategori ini ialah Wawa Zainal, Emma Maembong dan Ainan Tasneem. Agak sengit persaingan kategori ini di mata Abang Nara. Siapakah yang menjadi pilihan anda?

izzue izlam

Apa pun layankan lagi 19 keping gambar selebriti-selebriti yang menghadiri sidang media Top 5 ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. KRedit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

P.S: Dera kucing versi baling bola

izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam
izzue izlam