March 4th, 2011

amy search pengetua af9

Setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, dengar ceritanya Astro telah membatalkan hasrat mereka untuk melantik Ahmad Dhani menjadi pengetua AF9. Mungkin terlalu banyak negatif feedback berkaitan dengan Ahmad Dhani dan mungkin juga pihak Astro menyedari yang masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang berkaliber untuk dilantik menjadi pengetua AF9. Tahniah kepada Astro kerana berani membuat satu keputusan yang memuaskan hati ramai pihak.

paknil pengacara af9

Isnin depan barulah akan diketahui siapakah yang bakal menjadi Pengetua AF9 dan juga pengacara AF9. Tapi daripada apa yang Abang Nara dengar, khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dengan Paknil akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir memang akan jadi gempak gila kalau 2 berita ini betul-betul menjadi kenyataan.

So apa pendapat korang? Sesuai ke tak Amy Search jadi pengetua AF9? Dari segi kaliber, memang nampak gayanya Amy Search adalah satu pilihan yang tepat. Lagipun Amy Search sudah lama berkecimpung dalam dunia seni. Memang ada tokoh seorang pengetua. Tak gitu?

P.S: Gile seram jambatan maut nie.

 

January 21st, 2011

af9

Kalau anda sudah baca lagi artikel yang bertajuk “Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dari Negara Luar” yang sudah pun mencecah 416 komen, anda pasti tahu ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan melantik Ahmad Dhani sebagai Pengetua AF9. Tetapi semalam kami menerima satu email daripada seorang pembaca yang membuka persepsi minda kami. Kosongkan minda anda dan bacalah luahan hati pembaca tersebut di bawah:-

[note]Abang Nara yang dihormati,

Saya kagum dengan komen-komen yang dilontarkan di dalam artikel “Kami Tak Sokong Pengetua AF9 Dari Negara Luar”. Masing-masing nampaknya memang bersemangat 1Malaysia dan sangat-sangat membantah kalau Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9. Tapi Abang Nara, adakah sebenarnya memang salah kalau Pengetua AF9 diambil dari luar negara?

Bak kata orang, muzik itu universal. Muzik itu boleh meresap ke dalam jiwa kita tanpa mengira bahasa apa yang digunakan. Kalau sememangnya sudah tak ada calon yang baik di Malaysia, apa salahnya kita tengok ke luar negara? Saya berani jamin sekiranya pengetua AF9 diambil dari negara lain selain Indonesia, rakyat Malaysia akan buat tak tahu sahaja. Betul tak?

Disebabkan khabar angin Pengetua AF9 adalah Ahmad Dhani yang asalnya dari Indonesia menyebabkan rakyat Malaysia meroyan semacam. Katakan Ahmad Dhani berasal dari Singapura ataupun Taiwan, adakah mereka akan membantah seperti ini? Sudah tentu tidak kan? Ini semua kerana persepsi negatif rakyat kita terhadap Indonesia?

Sememangnya saya akui saya sebagai rakyat Malaysia juga sangat bengang dengan sikap rakyat Indonesia yang melampau sangat kebencian mereka terhadap Malaysia. Tapi itu adalah satu aspek yang sangat berbeza dengan muzik. Kenapa hendak samakan muzik dengan sikap tidak bermoral rakyat Indonesia yang lain? Kalau dengan perlantikan Ahmad Dhani dapat membantu melahirkan bakat baru yang sangat bermutu tinggi, saya rasa tak adalah salahnya kan?

Dan saya percaya pihak Astro sememangnya ada mencuba untuk mencari rakyat Malaysia untuk dijadikan pengetua AF9. Cuma seperti yang kita ketahui, tak semua orang berminat atau pun sanggup mengorbankan masa untuk terperap di dalam AF9 selama 2 bulan lebih. Saya percaya tawaran sudah diberikan kepada otai-otai muzik tanah air, cuma mereka terpaksa menolaknya kerana komitmen yang lain.

Saya juga sebolehnya mahukan rakyat tempat sendiri menjadi pengetua AF9. Tapi kalau benarlah Ahmad Dhani menjadi pengetua AF9, mungkin peluang ini boleh digunakan oleh pemuzik tempatan untuk menembusi pasaran Indonesia yang selama ini gagal ditembus oleh mana-mana pihak. Setakat yang saya tahu, hanya lagu “Isabella” sahaja yang femes di sana. Datuk Siti pun tercungap-tercungap nak tembus pasaran Indonesia yang rakyatnya berkali ganda lagi ramai dari kita.

Kalau benarlah Ahmad Dhani menjadi Pengetua AF9, saya cadangkan berikan peluang kepada dia. Jangan campur adukkan sentimen politik, sentimen keganasan dengan muzik. Muzik itu sepatutnya tidak ada barrier. Muzik itu universal. Sesiapa boleh belajar, mengajar ataupun diajar oleh orang lain tanpa mengenal bangsa, kaum ataupun kewarganegaraan.

Sekian terima kasih. [/note]

P.S: Menangi hadiah bernilai lebih RM40 ribu hanya dengan join permainan Milo Jam-Pack Your Friend di Facebook.