April 14th, 2016

abpbh 29

Setiap tahun, salah satu acara anugerah yang Abang Nara sentiasa nantikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Pada pendapat Abang Nara, ABPBH adalah satu acara anugerah yang berprestij di mana ia menjadi penanda aras populariti selebriti Malaysia kerana kemenangan adalah ditentukan 100% secara undian oleh peminat.

Abang Nara sebenarnya tertarik dengan konsep #RESPEK yang diketengahkan oleh ABPBH kali ini. Sebagai sebuah blog hiburan yang menyajikan informasi terkini artis-artis tempatan, kadangkala Abang Nara kagum juga dengan ketabahan mereka menghadapi pelbagai gosip, kerenah peminat, kesibukan bekerja dan macam-macam lagilah. Kalau artis yang dah kahwin dan mempunyai anak, lagilah Abang Nara tak boleh bayangkan macam mana mereka membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Itu belum kira rintangan, halangan, cubaan dan dugaan masa nak shooting, masalah atas pentas, payment tak dapat, gaduh dengan peminat di laman sosial, salah faham dengan family dan macam-macam lagilah.

abpbh 29

contoh macam Datuk Siti Nurhaliza, entah-entah jarang dapat spend masa bersama suami kerana kesibukan kerjaya nyanyiannya

Secara jujur, Abang Nara #RESPEK dengan ketabahan dan kecekalan para selebriti tanah air mengharungi semua itu. Dan secara jujur juga, Abang Nara mengajak anda semua untuk lebih #RESPEK selebriti-selebriti kita. Mungkin kita boleh cuba memahami mereka apabila ada yang terlebih emosi di laman sosial. Mungkin kita boleh beri komen yang positif dan membina dan tidak hanya mencaci serta memaki. Kita yang kerja biasa-biasa ini pun seringkali stress serta banyak masalah sehingga hilang kawalan diri, nikan pula mereka selebriti yang sentiasa perlu menjaga imej di mata para peminat. Jom kita cuba semaikan #RESPEK dan berterima kasih kepada para selebriti yang tak henti-henti menghiburkan kita. Tak gitu?

abpbh 29

Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang sering dihimpit kontroversi

Senarai calon-calon Top 5 ABPBH 29 (boleh baca senarainya di sini) untuk 13 kategori telah pun diumumkan pada 23 Mac lalu. Sekarang ini adalah masa untuk para peminat mengundi calon-calon kegemaran mereka. Untuk makluman, undian untuk kesemua kategori termasuklah kategori online (boleh undi di www.abpbh.com.my) telah pun bermula pada 25 Mac lalu dan akan ditutup pada 22 April ini. Maksudnya kalau korang belum mengundi, masih ada masa kira-kira seminggu dua lagi untuk memastikan selebriti feveret korang menang. Kalau tak undi jangan buat kecoh pulak bila artis kesayangan anda tak menang. Hehehe.

abpbh 29

Tahun ini ABPBH yang ke 29 akan berlangsung pada 8 Mei tepat jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajayamenerusi TV3 dan juga menerusi siaran radio KOOL FM. Excited pula Abang Nara menunggu tarikh keramat tersebut.

abpbh 29

Amboi panjang lebar pula Abang Nara berceloteh. Untuk makluman, sudah ada lebih 60 video oleh para artis tempatan bersempena dengan ABPBH 29 yang berkonsepkan #RESPEK ini. Semuanya boleh ditonton secara ekslusif di Instagram @abpbh. Meh ushar beberapa video yang menarik pada pandangan Abang Nara.

A video posted by @abpbh29 on

A video posted by @abpbh29 on

A video posted by @abpbh29 on

Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar menanti 8 Mei ini. Dengan penaja-penaja seperti DEMAK (pengeluar motosikal tempatan), Ice Watch penaja bersama), ASUS (rakan teknologi), Volkswagen (penaja auto) dan Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selaku penaja lokasi, Abang Nara berani jamin ABPBH 29 kali ini confirm lebih happening, havoc dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, Jadi pastikan jangan buat apa-apa plan 8 Mei ini. Sama-sama kita tonton ABPBH 29 sambil menggunakan hashtag #RESPEK untuk kasi trending worldwide. Maklumat lanjut layari www.abpbh.com.my.

April 3rd, 2015

Ahad ini, tepat jam 9 malam, siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) akan ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia. Pasti ramai terutamanya selebriti tercalon akan berdebar-debar menunggu keputusan ABPBH2014. Siapakah yang bakal menjulang trofi Bintang Paling Popular? Adakah Zizan Razak yang mendapat pencalonan terbanyak akan menamatkan kemarau kemenangannya? Semuanya akan terjawab Ahad ini, 5 April 2015.

keputusan abpbh2014 Walaupun ramai yang menyatakan cara undian ABPBH sudah tidak relevan lagi, namun ia masih lagi dianggap anugerah berprestij di Malaysia. Dengan wujudnya kelab peminat yang begitu rajin membeli suratkhabar dan mengundi selebriti kegemaran mereka, persaingan adalah lebih sengit. Siapa berusaha lebih, pasti akan menang. Seperti biasa Abang Nara akan membuat ramalan keputusan ABPBH2014 untuk tatapan anda semua. Yang di’hitam’kan adalah jangkaan pemenang daripada Abang Nara.

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

Baca artikel sepenuhnya untuk melihat ramalan daripada Abang Nara. Apa pula ramalan anda? Untuk kategori Bintang Paling Popular ABPBH2014, Abang Nara meneka ia akan menjadi milik Johan (ERA FM). Anda pula?

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

April 9th, 2013

Yeah ~~~ Tiba masanya untuk anda melihat fesyen selebriti-selebriti yang telah hadir ke ABPBH2012 baru-baru ini. Secara keseluruhan, kebanyakan mereka tampil sopan dan menawan. Tidak terlalu seksi kali ini. Mungkin kontroversi yang timbul sebelum ini telah dijadikan pengajaran buat diri masing-masing.

nad

Abang Nara suka sangat dengan fesyen pasangan suami isteri Scha dan Awal ini. Mereka memang nampak sepadan dan jelas terserlah kebahagiaan. Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga bila-bila dan semoga cepat dapat menimang cahaya mata. Tak sabar Abang Nara nak menengok Scha dan Awal junior.

scha awal

Namun begitu, kemunculan Rozita Che Wan ketika menyampaikan anugerah telah pun menimbulkan kontroversi akibat bajunya yang tersingkap di bahagian bawah. Abang Nara pasti Zain Saidin pun sudah tidak sabar untuk bergelar suami Che Ta apabila melihat keseksiannya. Confirm geram punya.

nad

Apa pun diucapkan jutaan tahniah buat semua pemenang terutamanya Nabila Huda yang pertama kali membawa pulang trofi ABPBH. Semoga dengan kemenangan ini prestasi anda semua akan dipertingkatkan. Lagi 34 keping gambar sekitar malam ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Gua seakan kisah dongeng di Siberia

nad

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad
nad

February 4th, 2010

abpbh2009

Pelik jugak kami bila Berita Harian semalam mengeluarkan status peratus undian terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009? Bukan ke sepatutnya undian tue dirahsiakan ke? Barulah macam saspen sikit. Ini tak, siap buat ulasan terperinci lagi. Dan yang paling mengejutkan sudah tentu undian untuk Fasha Sandha paling tinggi mengalahkan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular:-

[note]Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.[/note]

Kami rasa nie semua taktik Berita Harian untuk kipas susah mati Tiz Zaqyah dan artis-artis yang tengah kurang undian untuk menghabiskan duit diorang mengundi. Mementang sekarang nie boleh undi guna SMS, tue yang diorang keluarkan statistik undian sekarang nie. Bila peminat-peminat terbaca, terus undi untuk memastikan artis kegemaran diorang menang.

Last-last yang untung ialah Berita Harian. Yang rugi? Sudah tentulah kita yang perabihkan duit untuk mengundi artis-artis dalam ABPBH2009 nie. Bukan dapat apa pun. Duit gak yang terbang. Tapi kami memang mengkagumi teknik memancing undi yang telah dilakukan oleh Berita Harian nie. Ternyata kreatif gak wartawan-wartawan hiburan Malaysia nie. 2 thumbs up!!!

Kami berani jamin Tiz Zaqyah compem menang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular. Kerat jari la kalau dia tak menang. Go Tiz go!!!