Written by Bella | April 18th, 2015

Ingin mengembangkan kerjayanya dan sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di Malaysia, penyanyi Singapura Taufik Batisah merancang untuk berpindah ke Malaysia untuk memberikan seratus peratus tumpuan kepada kariernya itu.

Mengakui isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan rencananya itu, Taufik bagaimanapun sedang memujuk ibunya untuk pindah bersama.

Bila masa (mahu berpindah) tu belum tahu lagi. Isteri saya tak ada masalah. Sekarang saya kena pujuk ibu saya dulu. Saya rasa bila saya semakin sibuk di sini nanti kenalah pindah. Bila tinggal di sini lebih lama boleh saya buat benda lain juga, berlakon ke.

Taufik sebenarnya sudah lama mengimpikan agar muziknya mendapat tempat di hati peminat industri hiburan Malaysia tetapi percubaan beliau sebelum ini gagal dan melihat peluang yang ada kini adalah masa yang terbaik untuk beliau berpindah.

Penyanyi itu percaya jika beliau menetap di Malaysia, khususnya di ibu kota Kuala Lumpur beliau akan semakin dekat dengan peminat dan peluang untuk muncul di media tempatan  lebih mudah.

Beberapa rakyat Singapura sudah terkenal di Malaysia, antara yang berjaya mencipta nama mereka di sini ialah Aaron Aziz, Adi Putra serta Hisyam Hamid. Mungkin juga Taufik Batisah akan berjaya seperti mereka satu hari nanti. Who knows?

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | April 8th, 2015

Penyanyi Singapura, Taufik Batisah yang baru sahaja bernikah pada hari Sabtu lalu  sudah tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berhasrat untuk memiliki tiga orang cahaya mata jika dikurniakan rezeki.

Bakal berbulan madu ke Eropah, Taufik pada masa yang sama merasa syukur dan beruntung kerana isterinya Sheena Akbal seorang yang penyabar, menghormati orang tua dan memahami kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Rupa paras Sheena pula merupakan bonus buat Taufik dimana isteri beliau mempunyai darah kacukan Pakistan.

Sheena seorang yang cantik dari segi luaran dan dalaman, kecantikan yang dimiliki itu adalah bonus yang penting adalah hati budi.

Isteri saya juga seorang yang penyayang  dan menghormati ibu saya. Dia juga seorang yang penyabar serta memahami karier saya sebagai seorang penyanyi.

Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah apabila pasangan kita mampu untuk memahami diantara satu sama lain. Jika ada rezeki, kehadiran cahaya mata akan menyerikan lagi hidup anda berdua dan mengeratkan lagi kasih sayang. Buat Taufik Batisah dan Sheena Akbal, semai rasa cinta dengan lebih lagi selepas ini dan agar kekuatan cinta kalian kekal selamanya.

Sumber Berita: Murai

 

 

 

Written by AbangNara | April 6th, 2015

Telah pun selamat bergelar suami isteri pada Sabtu lalu, Taufik Batisah dan Sheena Akbal telah diraikan di dalam sebuah majlis persandingan yang cukup indah di Singapura. Antara rakan-rakan artis yang hadir ialah Fazura, Lisa Surihani dan juga suaminya, Yusry. Jutaan tahniah diucapkan kepada Taufik dan Sheena atas penyatuan ini. Semoga ia kekal bahagia sehingga ke syurga. Sama-sama kita doakan.

gambar kahwin taufik batisah dan sheena akbal

Antara yang menarik ialah aksi tarian Bhangra pasangan pengantin baru ini ketika perjalanan menuju ke pelamin. Memang sempoi.

Taufik Batisah dan NurSheehanah Akbal menari tarian bhangra bersama kumpulan Yarr Punjab.#Shique2015

Posted by DJ KC on Saturday, April 4, 2015

Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Taufik Batisah dan Sheena Akbal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Facebook DJ KC.

duasejoli

 

P.S: Hantarkan undangan perkahwinan anda kepada para tetamu dengan kad penuh esklusif daripada www.duasejoli.com.my. Pelbagai rekaan, kualiti tinggi dan paling penting, harga berpatutan. Pilihan pun banyak. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kad kahwin idaman anda. 

 
Written by AbangNara | April 4th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah pun sah bergelar suami kepada Sheena Akbal. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia sehingga ke syurga.

gambar taufik batisah kahwin Di bawah ialah video pernikahan Taufik Batisah dan Sheena Akbal.

Taufik Batisah kini sudah bergelar suami yang SAH kepada NurSheehanah Akbal…TAHNIAH dari SK…Awek kat mane, Awek jangan sedih yer..

Posted by Siakap Keli on Friday, April 3, 2015

Tahniah Taufik Batisah dan Sheena Akbal. Selamat melayari bahtera rumahtangga.