February 17th, 2015

Finale Maharaja Lawak Mega 2014 telah berlalu. Seperti yang anda maklum kumpulan Zero telah memenangi petandingan itu manakala Sepahtu mendapat tempat kedua.

Susulan itu, kita dikhabarkan Nabil bersara manakala Sepahtu mengumumkan menarik diri dari pertandingan itu pada tahun hadapan.

Melalui penulis ruangan pojok Harian Metro, penulis Cik Pang memberitahu melalui sumbernya bahawa Jep Sepahtu mengamuk dan meluahkan rasa tak puas hati di belakang pentas apabila Zero diumumkan sebagai juara pada malam itu.

Sumber juga mengatakan Jep mengeluarkan makian dan memberi amaran untuk mendapatkan dalang yang menyebabkan ketewasan Sepahtu pada finale MLM 2014.

Dikatakan bahawa Jep mendakwa seseorang melakukan ilmu hitam terhadapnya sehingga dia dan Shuib tidak dapat memfokuskan untuk finale itu dan menyebabkan kekalahan mereka. Katanya, Jep serius dangan dakwaan itu dan membawa tentangnya ke pengetahuan pihak atasan Astro Warna.

Dakwa sumber yang merupakan orang produksi MLM 2014, disebabkan kejadian itulah Sepahtu mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai pertandingan pada tahun hadapan.

Sememangnya dakwaan Jep itu sesuatu yang serius namun agak sukar dibuktikan. Apakah tindakan yang diambil Jep untuk mencari pesalah yang dikatakan dan apakah pula tindakan yang bakal diambil beliau apabila pesalah itu ditemui? Hanya Jep yang tahu jawapannya jika benar kata-kata sumber Cik Pang tersebut.

Bersama kita nantikan hasilnya.