March 22nd, 2018

Hari ini suami kepada Izreen Azminda iaitu Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana Saleh sah bercerai talak satu. Perpisahan itu dibuat kerana Ude tidak lagi sayangkan Intan dan mendakwa rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Menerusi portal BH ONLINE, Ude menafikan dakwaan kononnya beliau membuat keputusan untuk bercerai secara mengejut tanpa memberikan alasan kukuh terhadap Intan. Pemuzik bebas itu mendakwa Intan banyak berbohong kepada masyarakat dan sudah menjatuhkan maruahnya.

Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum menfailkan kes perceraian. Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.

Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan.

Bagaimanapun, Ude enggan mendedahkan punca mereka berpisah kerana ia terlalu peribadi buat mereka selain ingin menjaga aib bekas isterinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 22nd, 2018

Setelah lama dihimpit pelbagai kontroversi dan spekulasi, kemelut rumah tangga suami Izreen Azminda iaitu Ude Wahid bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh akhirnya bertemu nokhtah apabila pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9.50 pagi tadi.

Ude melafazkan cerai di hadapan Hakim Syariah, Shaiful Azli Jamaluddin dan memerintahkan pasangan itu bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum lafaz tersebut dibuat oleh Ude.

Pada mulanya Intan kelihatan tenang ketika melangkah keluar dari mahkamah tetapi beliau mula sebak ketika ditemui pihak media.Namun, beliau redha dan terima dengan segala ketentuan takdir buat dirinya.

Dalam pada itu, Ude ketika ditemubual pihak media berkata, hubungan beliau dan Intan sudah lama mempunyai masalah dan bukan berpunca daripada perkahwinannya bersama Izreen. Beliau membuat keputusan untuk bercerai kerana tiada lagi kasih sayang ataupun persefahaman dengan Intan.

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video & Foto : Suria Malaysia

August 1st, 2017

Sebelum ini Netizen dikejutkan dengan badai dalam perkahwinan anak Chef selebriti terkenal Malaysia, Serina Redzuawan, 34, dengan suaminya, Gavin O’Luanagh atau Salahuddin Ghaffar, 40.

Hari ini, Serina dan Salahudin  sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.  Talak itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani selepas mahkamah membenarkan permohonan yang difailkan Serina. Salahudin juga menarik balik permohonan nusyuz terhadap Serina yang telah difailkannya.


Serina dan Salahuddin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis lalu telah memberikan hak jagaan kekal dua anak mereka kepada Salahudin berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Punca sebenar perpisahan mereka tidak diketahui kerana keengganan Serina mendedahkannya, namun Serina memberitahu akan tetap berkawan baik dengan Salahudin dan bersama-sama menjaga anak-anak mereka.

Serina bagaimanapun mengakui telah dua tahun tinggal berasingan dari Salahudin sebelum perceraian mereka dalam satu status di akaun Instagramnya.
Screen_Shot_2017-08-01_at_3.53.46_PM
Sumber: Utusan Online

October 12th, 2015

Sekitar bulan April tahun lepas, gosip pelakon Annahita Bakavoli dan suaminya telah berpisah menjadi bualan yang cukup hangat. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh beliau sendiri dan memberitahu masih lagi bergelar isteri orang.

Terbaru, suaminya Datul Saiful Bahar Mohd Arshad memberitahu mereka sudah berpisah dan sah bercerai talak satu tanggal 1 Oktober lepas di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Keputusan untuk menamatkan rumah tangga yang dibina selama lima tahun lamanya ini dibuat selepas tiada persefahaman lagi antara mereka.

Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang.

Saiful yang kini sendang bercuti di luar negara mengucapkan yang terbaik buat Annahita dan mendoakan agar pelakon itu akan menemui kebahagiaan baharu selepas ini.

Berkahwin pada tahun 2010 Datuk Saiful Bahar dan Annahita bagaimanapun tidak dikurniakan  cahaya mata.

Sumber Berita: Harian Metro