Written by serenity | November 9th, 2015

Semasa majlis resepsi perkahwinannya sebelum ini, Lana Nodin telah mengenakan busana yang ditaja oleh rakannya, pereka fesyen Altelia Amani. Busana itu, dipilih sendiri kainnya oleh Lana untuk hari istimewa dan bersejarahnya itu.

Justeru, lapor Harian Metro, Lana terkejut mendapati pakaian itu yang masih berada dalam simpanan perekanya digunakan oleh Ayda Jebat untuk penggambaran iklan  program Juara Perodi yang bakal disiarkan di Astro seperti gambar yang dimuat naik oleh Ayda di Instagram. Kata Lana:-
 photo 11930864_1673239109585582_295607474_n.jpg

Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan.

Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati.

Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.

Ada penulis komen di Instagram menganggap isu yang dibangkitkan oleh Lana ini remeh-temeh, tetapi Lana mempunyai sebab tersendiri untuk menyuarakan rasa kesalnya.

Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya.
Saya menghubungi pereka fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu.


Lana juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).

Sewaktu baju saya dihasilkan Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis selesai.

Bagaimanapun, mereka hanya meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai majlis.

Begitupun, saya tetap berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik pengantin miliknya untuk tatapan umum.

Kalau ada pun yang mahu memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja.

Cara itu lebih baik dan pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang pernah dipakai oleh artis lain.

Setakat ini ada yang meminta Ayda memadam gambar tersebut dari Instagram untuk menjaga hati Lana, namun nampaknya hingga saat ini Ayda masih belum berbuat demikian. Gambar itu juga menimbulkan perbalahan antara peminat Ayda dengan Lana, malah suami Lana David Meckienzie turut masuk campur mempertahankan isterinya di ruangan komen gambar Ayda, bagaimanapun komen-komen mereka berdua telah dipadam.

Mungkin sepatutnya pihak yang hendak membuat tajaan menerangkan dari awal yang baju itu hanya dipinjamkan dan bukan ditaja. Bila disebut taja, bermakna baju itu sepatutnya diberikan kepada Lana selepas majlis berlangsung. Kami faham apa yang cuba disampaikan oleh Lana.

Disebabkan salah penggunaan istilah pakaian tersebut perlu dibeli oleh Lana sekiranya ingin memilikinya, lari dari istilah asal yang digunakan oleh Altelia iaitu tajaan. Apa pendapat anda?

Para peminat Koir Kebangsaan Malaysia…nantikan kemunculan mereka Disember ini!!!!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 28 October 2015