May 9th, 2016

Semalam, Linda Rafar dan Syed Aiman telah mengadakan majlis aqiqah buat anak ketiga mereka Syed Rezaliif di kediaman mereka dengan bertemakan warna hijau.

Majlis tersebut cukup meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat pasangan berkenaan.

Malah, pada hari yang sama Linda dan Syed Aiman turut meraikan ulangtahun kelahiran dua orang lagi anak mereka iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan tema superhero pula.

Seronok betul kami melihat kebahagiaan keluarga Linda Rafar dan Syed Aiman, semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga dan semakin bertambah kasih sayang antara mereka.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Syed Rezaliff dan foto ketika sambutan hari Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Asy Studioz

February 24th, 2016

Sekitar bulan September tahun lepas, rumah tangga Linda Rafar dan Syed Aiman diuji apabila Linda dalam satu kenyataan kepada media memberitahu suaminya telah melafazkan cerai tanpa sebab saat beliau sedang hamil 3 bulan.

Namun, semua itu sudah berlalu dan berkat kesabaran Linda, kini mereka lebih bahagia bersama dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka tidak lama sahaja lagi.

Ketika melihat foto mereka berdua di Instagram, terpancar sinar cinta dan kasih sayang yang mendalam.

Kami mendoakan agar Linda dan Syed Aiman terus berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin…

Jom layan beberapa foto bahagia Linda Rafar dan Syed Aiman dengan membaca entri ini sepenuhnya.

September 8th, 2015

Sedang kami asyik melayari laman Instagram, tiba-tiba kami terlihat satu muat naik terbaru daripada Linda Rafar yang boleh dikatakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berdasarkan foto dan kapsyen di Instagram beliau, ia seakan menunjukkan bahawa beliau sedang menghadapi masalah bersama suaminya Syed Aiman.

Malah, menerusi ruang komen juga ramai peminat yang berkata ia adalah mengenai rumah tangga mereka.

Tidak mahu lihat perkahwinan artis pujaan mereka itu musnah, ada peminat yang mendoakan agar Linda bertabah dan mempertahankan masjid yang dibina.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri? Setiap perkahwinan ada pasang dan surutnya, tetapi kita haruslah tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Semoga Linda Rafar dan Syed Aiman mampu untuk menyelesaikan apa sahaja masalah mereka dengan baik, kesian juga dekat anak-anak kalau mereka mahu bercerai.

Sumber Berita: Instagram Linda Rafar