November 23rd, 2015

Apabila pengacara kelahiran Singapura iaitu Shenty Feliziana mendedahkan beliau dicederakan oleh kekasih Syazwan Zulkifly selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka, ramai yang mengutuk perbuatan aktor itu sehingga ada peminat yang mengugut akan memecahkan muka Syazwan sekiranya beliau datang ke Singapura.

Selepas Shenty membuat laporan polis, Syazwan telah bertemu dengan ibu bapa wanita tersebut dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tidak pernah memberikan kenyataan berhubung kes tersebut sebelum ini, Syazwan menerusi BH PLUS  mengakui kesilapannya itu dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja mencederakan Shenty.

Malah, beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau seorang yang panas baran.

Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran.

Lelaki mempunyai egonya, apatah lagi hal sebelum itu belum selesai. Ketika bergaduh, saya tersikku mukanya dan ia tidak disengajakan. Ketika itu, saya sedang memandu dan apabila melihat wajah Shenty, saya menangis. Ya Allah! Kenapa jadi begini?

Syazwan juga ada meminta Shenty untuk memberikannya peluang kedua dan kembali bersama. Namun, Shenty yang masih dalam keadaan trauma buat masa ini enggan belum terbuka hatinya untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekali pun.

Hati wanita ini lembut tetapi apabila ada lelaki sudah cuba untuk naik tangan meskipun tidak sengaja  sehingga mendatangkan kecederaan pasti ia akan membuatkan mereka menjadi trauma. Apa-apa pun, kami harap selepas ini Syazwan Zulkifly benar-benar berubah seperti yang beliau katakan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sumber Berita: BH PLUS