May 28th, 2015

Walaupun lakonan mereka dikritik oleh sesetengah pihak tetapi drama Hati Perempuan masih mempunyai penangan yang tersendiri sehinggakan pelakon utama Mia Ahmad terpaksa mengaku beliau sedang bercinta dengan Syarul Ridzawan kerana harapan peminat.

Saya terpaksa mengaku selepas ditanya Kak Sheila. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan bukan perkara serius. Saya memang tidak tahu Syarul ada teman wanita atau tidak. Lagipun dia tidak pernah kongsikan hal peribadi dengan saya.

Advertisement

Mia yang memberitahu selesa berkawan dengan Syarul bagaimanapun menjelaskan tidak ada istilah bercinta dalam hidupnya dan hanya akan berkongsi mengenai hubungan istimewa beliau jika ingin mendirikan rumah tangga kelak.

Apa yang saya tahu, dia selesa berkawan dengan saya. Dalam hidup saya, tidak ada istilah cinta. Saya hanya akan berkongsi soal hubungan jika mahu berkahwin kelak.

Terbawa-bawa dengan lakonan mereka yang kelihatan agak romantis dalam drama tersebut, Mia dan Syarul sering digosipkan bercinta meskipun sebelum ini Syarul pernah menyatakan mereka berdua tidak lebih daripada rakan sekerja.

Kami tahu ramai yang ingin melihat Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan bercinta, tetapi jika sememangnya tiada hubungan istimewa diantara merek tidak perlulah terlalu obses bukan?

 

 

Advertisement
April 28th, 2015

Sebelum ini, terdapat laporan akhbar mengatakan pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sedang hangat bercinta apabila mereka berdua kelihatan cukup mesra baik di dalam foto ataupun di luar.

Walaubagaimanapun, Syarul dalam satu kenyataan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan bersama aktres jelita tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain.

Advertisement

Syarul berharap dengan penjelasan yang diberikan tiada lagi peminat yang salah faham dan akan membangkitkan isu tersebut. Sebagai seorang pelakon yang masih di peringkat awal dalam kerjaya lakonan, beliau tidak mahu namanya dikenali kerana gosip dan kurang selesa untuk berbicara soal peribadi kepada umum.

Biarlah nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apapun saya bersukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah.

Gosip mereka berpacaran mula meliar apabila kedua-dua mereka dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti Jelajah Bas #Dramasangat TV3 dan TV9 di Melaka baru-baru ini.

Tidak dinafikan jika mereka bercinta memang sweet seperti yang peminat mahukan tetapi kami difahamkan Syarul Ridzwan sebenarnya sudah berpunya, jadi semua ini hanya gosip semata-mata.

Sumber Berita: mStar Online

 

Advertisement
April 26th, 2015

Digandingkan didalam siri drama Hati Perempuan, Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad mula memikat hati penonton dengan keserasian dalam lakonan, meskipun pada awal siaran drama tersebut ramai yang menganggap lakonan kedua-duanya agak kaku.

Melihat  kepada karakter yang cukup romantis dan padan ketika bersama melalui drama itu, peminat mendoakan agar pasangan itu menjalin hubungan cinta dengan serius di alam realiti.

Rupa-rupanya, Syarul dan Mia sememangnya sedang berpacaran dan hubungan itu masih berada di peringkat awal dan belum diketahui umum. Kemesraan mereka jelas terpancar apabila mengikuti siri jelajah Bas #Dramasangat anjuran TV3 di Melaka baru-baru ini.

Advertisement

Buat masa ini baik Syarul ataupun Mia masih belum memberikan sebarang komen atau mengiyakan berita bahawa mereka sedang hangat bercinta. Pada kami kalau hendak bercinta pun tiada salahya.  Terus-terang mereka memang nampak comel dan sepadan bersama.

Sumber Berita: Kosmo

 

Advertisement