March 4th, 2014

Hanya tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berlangsung. Agak sedih juga apabila Abang Nara mendapat tahu mengenai Syamsul Yusof yang telah dimasukkan  ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana disyaki menghidap demam denggi. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yang besar buat Syamsul.

syamsul yusof denggi

Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan yang anaknya itu sempat bergurau untuk bernikah di hospital sekiranya keadaan dirinya tidak bertambah baik. Kata Datin Patimah Ismail kepada Mstar Online:-

Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi.

Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti

syamsul yusof

Sama-samalah kita doakan agar keadaan Syamsul Yusof bertambah baik dan dapat meneruskan perancangan untuk bernikah seperti biasa. Untuk makluman, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung Sabtu ini di Masjid Sri Damansara sekitar jam 10 pagi. Semoga Syamsul sihat sebelum hari pernikahannya. Insya Allah.

January 14th, 2014

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Ternyata memang benar keluarga Syamsul telah pun masuk merisik Puteri Sarah baru-baru ini. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal dinikahkan bulan Februari ini. Benda baik haruslah dipercepatkan. Semoga segala perancangan dipermudahkan buat mereka berdua.
syamsul yusof dan puteri sarah liyanaPerkara ini telah disahkan oleh ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah Ismail. Kata Datin Patimah kepada Mstar Online:-

Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.

Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu

Menurut Datin Patimah, Syamsul Yusof melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini. Tambah Datin Patimah lagi:-

Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu

Saya lihat juga dia (Puteri Sarah) seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga

syamsul yusof dan puteri sarah liyana

Alhamdulillah. Restu pun sudah ada, jadi tiada masalah untuk mengikat perhubungan ini dengan tali pernikahan. Tahniah Syamsul dan Puteri Sarah. Semoga semuanya berjalan lancar.