August 28th, 2017

Kehadiran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ke Malaysia sebagai pemain polo bersempena Sukan SEA ke 29 mendapat perhatian ramai netizen terutamanya para gadis.

Ini ialah kerana semasa kecilnya dia dianggap kelihatan biasa saja seperti kanak-kanak lain, namun apabila dewasa, dengan ketinggian 179 cm dan profil sebagai seorang atlet dalam pelbgai jenis sukan, Putera Mateen dianggap sangat kacak.

Putera Mateen dilahirkan pada 10 Ogos 1991 dan merupakan anak kesepuluh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan bekas isteri keduanya, Hajah Mariam Aziz. Dia ialah seorang lulusan Akademi Tentera Diraja Sandhurst dan kini ialah seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam Diplomasi Antarabangsa dari Universiti London.

Lagi gambar-gambar Putera Mateen dengan membaca entri ini sepenuhnya.
<center

Dan ini pula video Putera Mateen diserbu peminat Malaysia selepas acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29.

Video: Utusan Online

Melihatkan kepada kemesraan Putera Mateen tidak hairan dia memiliki ramai peminat yang mengaguminya. Dahlah ada rupa, dan bukan calang-calang untuk diterima belajar di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, ada ijazah sarjana lagi.

Semoga Putera Mateen akan terus sihat sejahtera dan negara Brunei Darussalam akan terus makmur di bawah pemerintahan DYMM Sultan Hassanal Bolkiah.-beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Putera Mateen

February 24th, 2009

gambar azrinah mazhar

Dahulunya pernah popular di kaca mata TV3 dengan menjadi pembaca berita untuk Berita Terkini, Buletin 1.30 dan Buletin Pagi, Azrinah Mazhar menyepi tanpa khabar berita apabila dilamar menjadi isteri ke 3 Sultan Brunei.

Namun baru-baru ini gambar-gambar terbaru Azrinah Mazhar berjaya dipaparkan di dunia Internet semasa satu majlis(mungkin anjuran TV3). Tidak nampak pulak kelibat Sultan Brunei di majlis tersebut.

Lagi gambar-gambar terkini Azrinah Mazhar yang semakin cantik dan menarik sejak bergelar isteri kepada Sultan Brunei dengan membaca artikel ini selengkapnya.

gambar azrinah mazhar

gambar azrinah mazhar

gambar azrinah mazhar

gambar azrinah mazhar

gambar azrinah mazhar