January 29th, 2019

Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad sebelum ini pernah tular dengan pendiriannya yang menolak suntikan vaksin. Kali ini, beliau sekali lagi dikecam netizen apabila langsung tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Memang agak pelik, kerana pada lazimnya, ibu bapa pasti akan mementingkan pelajaran anak-anak demi menjamin masa depan mereka.

Mungkin tidak tahan terus dikritik, Suhaimi menerusi akaun Facebooknya tampil memberikan penjelasan mengapa anak-anaknya tidak bersekolah. Antara kata-katanya ialah, pergi ke sekolah tidak semestinya menjamin kepandaian seseorang.

Memang jarang berlaku kes sebegini, namun mungkin Suhaimi merasakan ini adalah yang terbaik buat anak-anaknya.

Sumber Berita : Mosus