Written by Bella | September 11th, 2019

Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram memaklumkan bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq.

sufian suhaimi

Berkongsi foto momen mesra bersama kanak-kanak lelaki itu, Sufian meluahkan rasa syukur dengan nikmat dan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

sufian suhaimi ambil anak angkatanak angkat sufian suhaimi

Menurut Sufian, umurnya yang sudah 27 tahun bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab.

sufian suhaimi anak angkat

Berita tersebut disambut baik oleh rakan artis dan peminatnya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Sufian dan semoga menjadi seorang ayah yang baik serta bertanggungjawab serta dipermudahkan segala urusan.

sufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkatsufian suhaimi ambil anak angkat

Bertambah ceria lah kehidupan Sufian dengan kehadiran Faeq, comel pula lihat aksi mereka anak beranak. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Written by Bella | September 10th, 2019

Meskipun berkali-kali penyanyi Sufian Suhaimi mengatakan dia sudah ‘move on’, masih ada segelintir netizen yang tidak berhenti mengungkit kisah silamnya.

sufian suhaimi

Baru-baru ini  Sufian tampil mempertahankan dirinya dan menemplak seorang wanita yang menuduh dia sengaja berpenampilan selekeh kerana ingin terus menagih simpati bekas tunang, Elfira Loy.

Sufian berkata, tidak perlu lagi netizen terus mengaitkan dirinya dengan bekas tunang. Elfira pun sudah berkahwin dan bakal bersalin tidak lama lagi.

sufian suhaimi ditegur selekeh

Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.

Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej ‘selekeh’ membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu.

mak cik bawang tegur sufian suhaimi selekehrespon sufian suhaimi

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia telah memadam komen “pedas” tersebut disebabkan terlalu banyak kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap mak cik berkenaan.

Saya rasa perkara itu biadab berlaku dalam laman sosial saya dan saya tidak suka perkara negatif.

sufian suhaimiRasanya memang netizen dah boleh berhenti mengaitkan mereka berdua lagi. Sufian pun kata dia dah lama melupakan kisah cinta lalu dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | September 6th, 2019

Istilah ‘Mak Cik Bawang’ memang sebati dengan netizen apabila bercerita tentang sesuatu gosip ataupun perkara di media sosial. Memang soalan dan komen mereka ini sangat pedas, lebih berbisa daripada ular sehingga menusuk ke dalam hati.

sufian suhaimi

Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi ditegur seorang wanita gara-gara memuat naik foto berserta kapsyen ‘rindu’.

sufian suhaimi ditegur selekeh

Wanita itu mengkritik penampilan penyanyi itu selekeh dan masih belum ‘move on’ daripada kisah cinta lalu.

Nak tunjuk kecewa? Sengaja nak bagi

si dia rasa bersalah ke?

mak cik bawang tegur sufian suhaimi selekehRespon Sufian Suhaimi

respon sufian suhaimi

zynakal

Membalas komen pedas tersebut, Sufian menjelaskan penampilannya tidak terurus disebabkan baru sahaja melakukan aktiviti menyelam. Kapsyen rindu yang ditulis pula sebenarnya ditujukan kepada rakan baiknya, Zynakal yang kini dirawat di hospital.

Risau sangat. Mak cik ni yang tak

move on sebenarnya

sufian suhaimisufian suhaimi

Aduhai, macam-macam betul komen ‘Mak Cik Bawang’, tiba-tiba sahaja kritik sedangkan Sufian sendiri sudah lama melupakan kisah cinta lalu. Bersabar je lah.

Written by Bella | September 5th, 2019

Nampaknya penyanyi popular Sufian Suhaimi mengikut jejak langkah Fattah Amin apabila bakal melancarkan sebuah buku puisi mengenai kisah suka duka hidupnya .

sufian suhaimi

Berjudul Senanduka Sufian Suhaimi, ia mengandungi 70 buah puisi mengisahkan pelbagai peristiwa besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dalam kehidupan penyanyi tersebut termasuklah juga kisah peribadinya.

Buku puisi ini mengisahkan kehidupan saya dan perspektif mengenai pelbagai peristiwa besar yang berlaku beberapa tahun lalu. Secara peribadi dan kerjaya, ia dilihat usaha yang seiring.

sufian suhaimi buku puisi

Selain itu, ada kisah sedih, gembira dan kecewa dan semuanya diterjemahkan dalam bentuk puisi.

Menurut Sufian,  buku puisi itu juga membabitkan kerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan akan dijadikan sebagai rujukan akademik universiti tersebut.

puisi sufian suhaimi

Sebab itulah buku puisi ini perlu dihasilkan dengan penuh teliti. Pihak UUM juga akan menguruskan soal penerbitan dan pengedaran. Setiap puisi dalam buku ini menggunakan judul lagu nyanyian saya termasuklah Terakhir 1 dan 2, Di Mata Mu 1, Harus Aku 2 dan Terasa Ada 3.

Sufian merupakan artis lelaki muda kedua selepas Fattah Amin yang sebelum ini pernah melancarkan buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin yang turut dinobatkan Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017.

sufian suhaimiSiapa tahu, mungkin selepas ini Sufian juga akan menerima pelbagai anugerah hasil nukilannya itu? Sama-sama kita nantikan. Mesti ramai peminatnya yang tidak sabar untuk mengetahui curahan hatinya menerusi puisi-puisi yang ditulis.

Sumber Berita : Astro Gempak