January 25th, 2017

Selepas kita dikejutkan dengan permasalah rumah tangga Hanez Suraya dan Romie Razin, hari ini desas-desus tentang keberantakan rumahtangga Serina Chef Wan dan Gavin Edward O’luanaigh pula bertebaran. Menurut sumber, Serina telah pun ke mahkamah syariah untuk membincangkan masalah perkahwinannya.

serina chef wan

Serina telah pun berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. Diminta untuk mengesahkan perkara ini, Serina berkata:-

Ooo…hal tu..ya..masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik

serina chef wan

Sebenarnya permasalahan rumahtangga kini sering berlaku bukan sahaja di kalangan selebriti malah di kalangan rakyat marhaen juga. Abang Nara pun ada beberapa orang kawan yang kahwin tak sampai beberapa tahun dah bercerai. Sedih pun sedih juga. Semoga pembaca BeautifulNara yang sudah berkahwin akan berjaya mempertahankan perkahwinan mereka sheingga ke akhir hayata. Sama-sama kita doakan untuk diri sendiri. Amin.