July 28th, 2017

Selaku seorang pelakon senior yang mutu kerjanya amat mantap dan tidak perlu dipertikaikan, Nabila Huda sememangnya layak untuk meluahkan isi hati tentang situasi dunia lakonan tanah air yang dibanjiri oleh pelakon-pelakon baru. Ia menjadi satu masalah apabila pelakon-pelakon baru ini diambil untuk membintangi drama dan filem hanya kerana mempunyai rupa yang kacak/cantik, bukannya berdasarkan bakat lakonan. Rata-rata mereka boleh dikatakan berlakon seumpama “kayu”.

nabila huda

Menurut Nabila, dia sendiri menjadi tertekan melihat lakonan pelakon-pelakon baru ini. Iyerlah, kalau bercakap pun ikut skrip 100%, memek muka pun zero, lontaran dialog pun tak ada, siapa yang tak akan tertekan kan? Kata Nabila:-

Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka.
Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka.

Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita. Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita

Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya?. Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman.

nabila huda

Semoga teguran daripada Nabila Huda ini diambil berat oleh para pelakon baru dan digunakan untuk memperbaiki mutu lakonan mereka. Jangan pula digandingkan dengan Nabila Huda barulah nak terkulat-kulat nak belajar berlakon. Sumber Mstar Online.

June 20th, 2017

Dahulu, pelakon Nabila Huda ataupun Abil sering terpalit dengan kontroversi daripada kehidupan peribadinya sehinggalah cara beliau berpakain. Namun, Abil kini memperlahankan sedikit aktiviti seninya dan tiada lagi cerita panas mengenai beliau yang menjadi perhatian ramai.

Menurut Abil yang kini sudah berusia 33 tahun, beliau kini berfikiran lebih matang dan positif dalam kehidupannya kini. Abil juga agak jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu dirinya terlalu leka dengan dunia hiburan . Buat masa ini beliau ingin memberikan fokus kepada anaknya dan rumah tangga beliau.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gosip dan kontroversi lagi. Pada masa sama, saya juga dah jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu terlalu khayal dengan dunia hiburan. Kalau ada kelapangan, barulah saya keluar rumah sebulan sekali untuk bertemu teman-teman rapat.

Berbicara soal cahaya mata pula, Abil dan suaminya tidak terlalu tertekan dengan soalan berkenaan dan sebenarnya masih lagi dalam “mood” bulan madu. Walaubagaimanapun, mereka tetap berdoa agar satu hari dikurniakan anak bersama.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila, 7.

Kemudian, beliau berkahwin pula dengan Mohd Izwan Johar  pada 25 Disember 2015.

Sumber Berita : Harian Metro

May 29th, 2017

Kebiasaannya, selebriti yang sudah berkahwin pasti akan berkongsi foto mereka bersama suami hampir setiap hari, namun buat pelakon Nabila Huda, beliau enggan terlalu memuat naik foto suaminya di media sosial kerana tidak mahu peminatnya merasa muak jika beliau asyik menayang kebahagiaannya.  Nabila yang mesra disapa Abil juga tidak kisah dengan segala spekulasi liar yang ditumbulkan mengenai status rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah.

Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya.

Sejak dahulu lagi Abil memang jarang berkongsi kisah peribadinya kepada umum tetapi ia tidak bermakna beliau mempunyai masalah rumah tangga seperti yang dikhabarkan. Apa-apa pun, kami doakan agar Abil dan suami bahagia selalu sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

June 6th, 2016

Minggu lepas, pelakon Nabila Huda ataupun mesra dengan panggilan Abil ada memuat naik video cukup romantis dan sweet apabila memaksa suaminya, Mohd. Izwan Johar mencium pipinya. Video itu bersempena dengan ulangtahun perkenalan mereka.

Rata-rata peminat yang melihat video berkenaan, memuji kemesraan mereka dan mendoakan agar mereka berdua bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pada masa yang sama, Abil juga mengakui beliau kini dapat merasakan kebahagiaan dalam berumah tangga dan kini lebih selesa melakukan tugas sebagai seorang isteri daripada menghabiskan masanya diluar.

Saya sekarang lebih suka duduk rumah. Kalau balik dari kerja pun, saya akan terus pulang dan duduk diam-diam di rumah. Sekarang, saya lebih suka masak dan makan bersama keluarga. Sekarang baru saya rasa nikmatnya berumah tangga.

16 tahun bergelar pelakon dan sering berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan,  Abil nampaknya ingin berehat seketika dan menikmati kehidupannya.  Malah, Abil juga merencana untuk berbulan madu bersama suami tercinta.

Selepas ini saya mahu berehat. Sudah 16 tahun bekerja, tiba masanya untuk saya menikmati kehidupan. Saya pun belum berbulan madu, mungkin akan ke Afrika atau destinasi unik bersama suami. Sebulan atau dua bulan lamanya.

Syukur perkahwinan kedua Abil ini dapat memberikan kebahagiaan kepada beliau. Kami doakan Abil dan suami kekal sehingga akhir hayat dan tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain.

Sumber Berita : Utusan Online