Written by AbangNara | January 28th, 2014

Dalam diam, rupanya hujung minggu lalu telah pun berlangsung majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar. Majlis yang diadakan dalam keadaan penuh sederhana ini telah dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Umie Aida, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Rebecca Nur Islam. Linda Onn tampil berseri-seri dalam persalinan pengantin serba putih.

gambar resepsi linda onn

Menerusi akaun Instagramnya, Linda Onn turut berkongsi beberapa video yang menarik untuk tatapan para peminatnya. Memang pasangan pengantin ini sama cantik dan sama padan. Abang Nara serius terharu melihat mereka melangkah turun dari tangga. Memang cantik dan gorgeous sangat-sangat.

Semoga perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 19th, 2013

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn. Bagi Abang Nara, tak kisahlah kerabat diraja, VVIP atau orang biasa, yang penting masjid yang dibina mendapat restu kesemua pihak dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

linda onn kahwin

Apa pun Abang Nara respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-

Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah

linda onn

Majlis resepsi bakal diadakan di Kuala Lumpur namun tarikhnya masih dirahsiakan oleh Linda Onn. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Linda Onn bergelar isteri. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat deejay ini. Tahniah Linda!!!

P.S: Permohonan BR1M2014 dibuka 23 Disember ini

Written by AbangNara | December 18th, 2013

Nampaknya deejay kegemaran Abang Nara iaitu Linda Onn bakal menamatkan zaman gadis. Menurut Utusan Malaysia, Linda yang berusia 36 tahun akan berkahwin dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja Johor.pada 27 September ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan sekiranya desas-desus ini benar.

linda onn kahwin

Linda Onn dan bakal suaminya juga dikatakan telah mendaftar perkahwinan mereka di pejabat agama Johor Bahru. Majlis pernikahannya dikatakan bakal diadakan secara sederhana dengan jemputan terdiri daripad ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

gambar perkahwinan linda onn

Nampak gayanya bulan Disember 2013 ialah bulan perkahwinan para selebriti tempatan. Jika benar Linda akan menamatkan zaman gadisnya, semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke hujung hayat. Tahniah sekali lagi.

P.S: Mercedez Benz C Class 2014 didedahkan