March 3rd, 2016

Lama tidak mendengar khabar terkini Cheryl Samad, salah seorang pengacara yang cukup hebat di mata Abang Nara. Kemunculan Cheryl Samad di kaca televisyen boleh dikatakan amat terhad sekarang. Kemungkinan besar Cheryl sibuk membesarkan anak pertamanya, Stella yang telah dilahirkan pada 18 Oktober 2013, Sekian lama berdiam diri, Cheryl Samad telah sudi berkongsi berita gembira tentang kehamilan keduanya.
cheryl samadBuat masa ini, Cheryl sedang sibuk dengan program Clever Girl Malaysia selaku pengacara. Program ini akan ke udara pada 13 Mac kelak. Turut sama menjadi pengacara ialah Vanida Imran dan Marion Caunter. Kata Cheryl:-

Prioriti buat saya kini tertumpu kepada keluarga. Saya memang rindu untuk mengacara tetapi status saya sekarang bukan lagi macam dahulu. Kalau pun saya ingin kembali mengacara, saya ingin mengacarakan program yang bukan berbentuk hiburan. Misalnya, program yang menjurus ke arah isu sosial atau kemasyarakatan.

Saya sudah menjalani pemeriksaan doktor bersama suami. Alhamdulillah, anak kedua juga merupakan seorang perempuan. Memang saya sangat teruja. Akhirnya, Stella akan dapat seorang adik perempuan (tertawa). Stella makin membesar, makin licik kenakalannya.

Tetapi saya menganggap ia sebagai satu perkembangan positif. Untuk anak kedua, saya harap kelahirannya pada Mei nanti berjalan lancar. Tinggal dua bulan sebelum ‘masanya’ sampai, saya tidak boleh terlalu aktif melakukan kerja-kerja yang memenatkan.

cheryl samad
Cheryl Samad dijangka akan melahirkan seorang lagi anak perempuan pada bulan Mei ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat Cheryl. Lagi beberapa gambar pengacara feveret Abang Nara ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Kosmo.

P.S: Ayah pensyarah, emak doktor tetapi anak gelandangan

cheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samad

May 3rd, 2011

cheryl samad berkahwin

Agak pelik kerana tiada coverage mengenai majlis perkahwinan Cheryl Samad baru-baru ini. Menurut info yang diterima, Cheryl Samad telah selesai mengadakan majlis perkahwinannya di Holiday Inn Subang Jaya pada hari Ahad yang lepas.

Namun sehingga hari ini, tiada suratkhabar ataupun penjelasan daripada pihak Cheryl Samad mengenai kesahihan perkahwinan ini. Kemungkinan besar Cheryl Samad hanya mahu majlis ini diraikan dengan keluarga terdekat. Apa-apa pun marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan Cheryl Samad dan suami.

Semoga Cheryl Samad akan tampil ke hadapan dan menjelaskan isu perkahwinannya. Kalau benar, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau tak benar, nanti Abang Nara belasah informer Abang Nara. Hehehehe.

March 3rd, 2011

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

Jika tiada angin, masakan pokok akan bergoyang. Jika tiada majlis perkahwinan, masakan kad kahwin diedarkan. Tup-tup terdengar cerita daripada satu sumber yang sangat boleh dipercayai bahawa kad kahwin Cheryl Samad sudah pun mula diedarkan. Khabarnya majlis perkahwinan Cheryl Samad akan diadakan dalam masa terdekat ini. Kalau benarlah berita ini, Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Cheryl Samad kerana bakal terbinanya masjid.

Dan sumber tersebut juga menyatakan yang bakal suami Cheryl Samad bukanlah seorang lelaki Melayu tetapi seorang lelaki berbangsa Cina. Abang Nara tak kisah pun nak kahwin Melayu ke Cina ke, yang penting kalau dah bercinta cepat-cepatlah kahwin. Lagipun Cheryl Samad nie kan cun melecun orangnya. Takut kena sambar dengan orang lain pulak nanti.

Apa pun, kalau benarlah Cheryl Samad akan berkahwin tidak lagi, Abang Nara doakan agar semua persiapan berjalan dengan lancar. Kalau tak betul berita ini, Abang Nara doakan agar cepat-cepat Cheryl Samad akan bertemu jodoh nanti. Kalau anda peminat Cheryl Samad, jangan lupa Like Facebook Cheryl Samad.

Lagi gambar Cheryl Samad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Walaupun Chinese New Year sudah berlalu, tak salah rasanya untuk kita sama-sama tengok iklan CNY Petronas ini. Lagi bagus kalau tengok ngan mak bapak kita sekali. Feeling bersama-sama.

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad

gambar majlis perkahwinan cheryl samad