Written by serenity | February 22nd, 2013

Lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela semalam telah dihubungi oleh Harian Metro dan sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.

Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.

Menurut lelaki itu, mengetahui tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz dari sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.

Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Lelaki itu turut menukar kenyataannya sebelum ini, yang isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.

Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.

Minta diberi tempoh seminggu

Sementara itu, melalui laporan eksklusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya bagi membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.

Enggan mendedahkan identiti, dia mendakwa bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dengan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun. Namun mereka hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.

Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.

Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti.

***

Karnival Kelate Kito sedang berlangsung di JKKN Kelantan sehingga 23 Februari. Perlbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda, Jualan, pameran interaktif, demonstrasi silat, persembahan seni budaya dan banyak lagi! Pakat Maghi Belako…!!!!

Written by serenity | February 21st, 2013

Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.

Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.

Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.

Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.

Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.

Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.

Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.