September 3rd, 2015

Sudah menjalinkan hubungan cinta bertahun lamanya, Akim Ahmad menghargai pengorbanan Stacy untuk memeluk Islam dan beliau  sama sekali tidak akan mengabaikan kekasihnya itu meskipun keputusan Stacy memeluk Islam bukan untuk beliau. Jelas Akim, beliau diberi kekuatan untuk tidak mudah tergoda dengan wanita lain.

Walaupun saya tahu pengorbanan yang dibuat bukan untuk saya, tetapi saya menganggap kesanggupannya memeluk agama Islam ada kaitan dengan saya. Pengorbanan itu akan mengingatkan dan melarikan pandangan saya terhadap wanita-wanita cantik (yang berada di sekelilingnya).

Nak cakap tentang jaminan saya kepadanya, saya tak berani kerana saya hanyalah manusia biasa.

Sudah lama mendengar berita mereka bakal berkahwin, Akim bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Buat masa ini, Akim mahu memberi Stacy masa dan ruang agar beliau dapat mendalami Islam dengan lebih baik.

Malah, untuk memberikan semangat buat Stacy, Akim pernah datang ke rumah beliau dan sama-sama mendirikan solat.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam,  memeluk Islam pada Pada 24 Ogos lalu di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor. Penyanyi tersebut ditemani oleh ibu bapanya serta ibu bapa Akim ketika melafazkan syahadah.

Sumber Berita: mStar Online

August 26th, 2015

Keputusan Stacy untuk memeluk agama Islam beberapa hari lepas nampaknya tidak diterima baik oleh sesetengah pihak, malah ada sahaja mulut yang mempertikaikan mengapa penyanyi lagu Not For Sale itu bertukar agama.

Masih lagi dituduh mempunyai niat tersembunyi dan hanya di pengaruh oleh Akim untuk bergelar seorang muslim, Stacy telah meluahkan rasa terkilan di Instagram terhadap sikap mereka yang memandang negatif kepadanya.

I  was wondering if i’m just Stracie, this thing will be more easier and some people will accept and wouldn’t care for what i’ve decided..i don’t ask for acceptance. I just need a positive support..humanity. Just imagine if this happen to you or your family. I understand how upset you feel..and i’m sorry..i’m just a HUMAN..who needs a real support and help to understand my situation..

stacyWalaubagaimanapun, masih ada pengikut beliau di Instagram yang menyokong beliau termasuklah beberapa rakan artis lain. Mereka menasihatkan Stacy agar terus bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

Sepatutnya kita sebagai saudara yang sama agama haruslah berikan ruang serta sokongan kepada saudara Islam kita yang baharu dan bukan membuat spekulasi dan mengkritik perbuatan beliau. Kepada Stacy, teruskan bertabah dan jangan pernah putus asa untuk mengenali Islam.

 

August 26th, 2015

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa penyanyi lincah dan berbakat, Stacy sudah sah memeluk agama Islam pada 25 August lepas di Jabatan Agama Islam Johor.

Menggunakan nama islam Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, beliau  dalam satu muat naik terbaru di Instagram menyatakan perangai beliau yang gila-gila dan nakal sejak dari kecil tidak akan berubah meskipun sudah bertukar agama.

Im still who i am..Putet yang nakal,ketawa macam orang gila dan sangat sayang my lovely family..saya sangat bersyukur mempunyai keluarga yang support apa saja yang saya buat..love my family!and sorry kalau buat kamu terlibat dalam setiap tindakan yang saya buat?????????#?anamfamily?@agneskaloos @chaqdelelli @kyra_cherry @chelton_christian @aldrich_aldrin

Jadi lah diri sendiri itu tidak pernah salah dalam Islam, selamat datang Stacy. InshaAllah belajar lah tentang Islam perlahan-lahan dan fahami ia dengan betul.

August 25th, 2015

Akhirnya teka-teki mengenai status agama Stacy telah terjawab apabila beliau sudah mengakui memeluk Islam semalam susulan berita tersebut yang tersebar luas di media sosial.

Stacy juga mengesahkan keputusan beliau untuk bergelar seorang muslim bukanlah atas desakan mana-mana pihak ataupun kerana beliau ingin berkahwin dengan kekasihnya Akim Ahmad.

Sepanjang kehidupan beliau, Stacy tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya  menganuti agama Kristian tiga tahun lepas selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.

Tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, Stacy bagaimanapun merasa lebih seronok dan gembira ketika beliau sudah sah bergelar seorang muslim semalam.

Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.

Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu.

Berita Stacy memeluk agama Islam viral  sejak semalam selepas satu video serta foto beliau sedang belajar mengucap dua kalimah syahadah disebarkan oleh invidu tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja Akim yang merasa bengang dengan tindakan individu tersebut malah Stacy juga turut merasa terkilan kerana ia merupakan privasi beliau. Penyebaran video tersebut sedikit sebanyak telah membuat beliau agak terganggu.

Malah, Stacy memohon semua tidak berkongsi atau memanjangkan isu ini serta memadam video ketika beliau mengucapkan kalimah syahadah.

Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu. Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya.

Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak merakam dan menyebarkan video seseorang itu tanpa kebenaran daripada tuan empunya badan. Hormatilah  privasi orang lain dan amanah dalam kerja yang anda lakukan.

Sumber Berita: Murai