Written by AbangNara | January 3rd, 2014

Seorang demi seorang ahli Girl’s Generation/SNSD tampil membuat pengakuan mengenai percintaan mereka. Kalau sebelum ini dunia Kpop digemparkan dengan hubungan Yoona dan Lee Seung Gi, hari ini seorang lagi ahli SNSD iaitu Sooyoung telah disahkan mempunyai hubungan cinta dengan Jung Kyung Ho.

sooyoung jung kyung ho

Dilaporkan bahawa mereka berdua pernah bercinta dan putus sebelum ini. Nampaknya jodoh di antara mereka sangat kuat dan kini kembali bercinta semula. Sooyoung berusia 24 tahun sementara Jung Kyung Ho berusia 31 tahun. Sebelum bertukar menjadi hubungan percintaan, mereka berdua rapat sebagai junior dan senior.

sooyoung jung kyung ho

Adakah tahun 2014 akan menyaksikan kesemua ahli SNSD mempunyai teman lelaki? Sama-samalah kita nantikan. Apa pun semoga percintaan ini tidak akan menghalang perkembangan karier mereka. Tahniah diucapkan buat Sooyoung dan Jung Kyung Ho.