March 3rd, 2015

Baru-baru ini, timbul gosip bahawa penyanyi rap SonaOne sedang  rapat dan bercinta bersama aktres jelita Juliana Evans apabila beberapa foto mereka dimuat naik ke laman Instagram.

Walaubagaimanapun, SonaOne yang sudah mengenali Juliana sejak kecil lagi menafikan  mereka sedang bercinta dan menanggap gosip tersebut sekadar usikan daripada rakan-rakan.

Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah, saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.

Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua. Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta.

Buat masa ini SonaOne sedang sibuk untuk menghasilkan album solo beliau yang pertama selepas beberapa kejayaan telah dikecapi bersama Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar.

 Betul apa kata SonaOne tu mungkin ramai yang mahu melihat anda dan Juliana Evans bercinta. Dua-dua nampak sepadan dan berdarah kacukan. Apa salahnya kalau bercinta kan? Heh

Sumber Berita: BH ONLINE

January 21st, 2015

Kalau sebelum ini Datuk Mokhzani Ismail yang merupakan salah seorang juri AJL29 telah tampil memberikan penjelasan pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara, kali ini Azmeer yang merupakan ketua juri pertandingan tersebut turut sama muncul memberikan penerangan. Di dalam penjelasan ini turut ditegaskan bahawa keputusan yang diambil para juri tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menarik juga membaca penjelasan Azmeer yang kita tahu kehebatannya selaku seorang pemuzik.

azmeer

Jelas Azmeer:-

Selama ini memang tiada mana-mana pihak mahupun pihak TV3 datang kepada kami dan beritahu tahun ini mereka mahu angkat genre apa. Tiada apa-apa perbincangan langsung. Saya mewakili sembilan lagi juri menilai Apa Khabar menerusi pelbagai faktor termasuk lagu, susunan muziknya juga persembahan secara keseluruhan. Selain vokal, faktor ritmanotasi Apa Khabar berbeza.

Cara penyampaian rap Joe dalam lagu ini juga lain daripada yang lain dan ia bukan rapping biasa manakala nyanyi SonaOne walaupun liriknya berulang-ulang tapi dari sudut seni, ia mempunyai motif. Warna lagu itu dijayakan Joe dan menerusi pengamatan juri, tahap pra-rakaman lagu itu juga sangat baik. Semua elemen ini melayakkan Apa Khabar menjadi juara AJL kali ini.

azmeer

Setahu Abang Nara, keputusan AJL sudah pun diketahui sebelum malam persembahan. Perbincangan telah diadakan sebelum AJL berlangsung. Para juri dah ‘bergaduh’ sesama sendiri dulu dah. Hehehe. Yang dinilai pada malam persembahan hanyalah kategori Vokal Terbaik. Kategori Persembahan Terbaik pula ditentukan menerusi undian SMS. Apa pun, diharap penjelasan Azmeer ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada kita tentang apa yang dinilai dalam sesebuah lagu. Sumber MalaysianDigest.

P.S: 2015 Hyundai Veloster Turbo dilancarkan

January 19th, 2015

Kan Abang Nara dah cakap. Orang yang mempertikaikan kemenangan lagu Apa Khabar ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone (termasuklah Abang Nara) pastinya tidak mengerti kehebatan dan kemantapan lagu tersebut. Selepas mendengar penjelasan daripada Datuk Mokhzani Ismail yang merupakan salah seorang juri AJL29, barulah Abang Nara memahami mengapa lagu ini dinobatkan sebagai juara. Tak dinafikan Apa Khabar ada ciri pasaran lagu antarabangsa seperti lagu-lagu rap nyanyian antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat.

juara ajl29Abang Nara memang jenis tak suka lagu-lagu rap antarabangsa sebab bingit telinga dan tak faham apa yang cuba disampaikan. Mungkin sebab itu lagu Apa Khabar tak masuk dengan jiwa Abang Nara. Lirik lagu Apa Khabar memang boleh tahan terutama bab makan mee segera. Terasa keperitan ketika Joe Flizzow dan Malique mula-mula menyanyi dalam kumpulan Too Phat. Cuma genre lagu rap memang bukan pilihan Abang Nara. Berikut ialah penerangan Datuk Mokhzani Ismail:-

Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yang cukup kreatif daripada segi melodi yang bersahaja.

Malah tag line lagu ini yang senang kita ingat iaitu aku tanya apa khabar. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih jelas maksud yang Joe Flizzow rapkan.

Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype. Bagi saya, mereka telah melonjakkan satu dimensi muzik baru dalam arena industri muzik Malaysia. Yang mampu diletakkan di arena muzik global

juara ajl29

Apa pun, keputusan juri adalah muktamad. Pastinya juri lebih tahu apa yang mereka hakimi. Biasalah rasa tak puas hati memang ada di mana-mana pertandingan. Sekali sekala bersuara apa salahnya kan? Kita pun ada pendapat kita juga. Hehehe. Sekali lagi tahniah kepada Joe Flizzow dan Sonaone. Semoga kemenangan ini akan membuka mata para peminat tentang dunia rap tanah air. Sumber Berita Harian.