Written by AbangNara | February 22nd, 2016

Pelakon Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir telah melangsungkan pernikahan pagi Ahad lalu dengan Hanif Zaki. Apa yang menarik, pakaian pernikahan Anzalna ialah rekaan pereka terkenal Rizalman dengan imej haute couture. Rizalman juga telah menggayakan rambut Anzalna untuk majlis itu.

 photo 12771718_10153648427323801_352738812109981517_o.jpgDekorasi majlis pernikahan Anzalna yang diadakam di ballroom Hotel Seri Pacific ini dibuat oleh Glam Weddings, manakala Anzalna disolek oleh Khir Khalid. Majlis pernikahan Anzalna mendapat liputan lintas langsung di program Nasi Lemak Kopi O TV9. Gambar-gambar elegan ini ialah hasil bidikan Mangotouch. Sila follow mereka di Instagram dan like mereka di Facebook.

 
Written by serenity | November 27th, 2015

Semalam, pelakon jelita Maria Farida, 45, telah melangsungkan pernikahan dengan kawan baiknya, usahawan berusia 62 tahun, Datuk Rahman di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) pada pukul 11.00 pagi. Ini sekaligus menamatkan zaman ibu tunggal selama 10 tahun pelakon yang dikenali dengan filem Bisikan Cinta ini.
 photo DSC03838.jpg
Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu yang terdiri dari saudara-mara dan sahabat handai terdekat pasangan itu. Untuk makluman, gambar-gambar cantik ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi Muhammad Zameer. Dekorasi dan pelamin di lokasi ini ialah hasil buah tangan The Cosry.

Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015

 
Written by serenity | June 5th, 2015

Seperti yang anda maklum, pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah selamat melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Hanis di Bukit Jelutong. Mengenakan persalinan warna kelabu, pasangan ini disahkan sebagai suami isteri pada jam 3.40 petang dengan hantaran bernilai RM RM91,019.90 dan 11 dulang hantaran serta dibalas oleh Hanis juga dengan 11 dulang.


 photo 11428666_384349421772589_1303769129_n.jpg
Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Hanis. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

A video posted by MALAYSIAN ARTIS ONLY (@malaysian_artis) on

Jangan lupa temujanji kita malam ini! FESTARI2015 Kategori Tarian Tradisional Daerah…Layari IG mysenibudaya utk live video updates…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 5 June 2015

 
Written by Bella | May 16th, 2015

Lana Nodin, antara wanita yang paling bertuah sekarang apabila beliau telah menerima hadiah berupa cincin berlian bernilai RM 100,000 juga sebuah kereta BMW Sport oleh suami tercinta Daud McKienzie.

Jelas Lana beliau hanya mengetahui mengenai cincin tersebut sewaktu upacara membatalkan air sembahyang sejurus selepas majlis akad nikah.  Ia sebenarnya merupakan cincin idaman Lana yang pernah dilihat oleh beliau sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. Dalam majlis tersebut Lana turut menghadiahkan David seutas jam tangan bernilai RM25,000.

Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya dan memberitahu telah menyerahkan wang tersebut kepada ibu bapanya.

Maaf, saya bukan tidak mahu berkongsi tentang itu (wang hantaran), tetapi suami minta rahsiakan. Dia segan. Wang hantaran yang David berikan kepada saya itu, telah saya serahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya. Mereka lebih berhak menerimanya.

Sudah banyak kali gagal dalam percintaan, akhirnya Lana Nodin telah bertemu dengan insan yang cukup membahagiakan beliau. Semoga perkahwinan beliau dan Daud McKienzie berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Astro Gempak