Written by serenity | November 14th, 2012

Sebagai anak perempuan kepada pelukis terkenal Ismail Embong, wajah pan-asian yang dimiliki serta bakat lakonan yang baik menyebabkan nama Emma dikenali dalam masa yang singkat. Terbaru, Emma telah diberi peluang menerajui watak utama dalam drama Cinta Itu Milikku. Drama ini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 dengan menampilkan Emma sebagai pelakon utama buat pertama kalinya. Memang murah rezeki anak gadis ini selepas diperkenalkan dalam drama arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah di mana Emma berlakon di samping Neelofa dan Nazim Othman.

Drama Cinta Itu Milikku turut membariskan pelakon Ana Dahlia, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah. Walaupun terpalit dengan kontroversi baru-baru ini apabila Emma dikatakan kuat propa diikuti kontroversi gambar lama dengan teman lelakinya, Emma terus mengumpul ramai peminat kerana sikapnya yang penampilannya yang ringkas dan yakin serta bakat dalam bidang lakonan.

Tahukah anda, Emma juga mempunyai bakat melukis? Orang kata, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, bukan begitu? Emma seperti bapanya juga mempunyai bakat melukis. Jika dia tidak berlakon, difahamkan Emma akan meluangkan masa melukis di rumah dan membantu ayahnya melukis. Malah dakwanya, dia juga biasa mengangkat barang seperti lelaki, oleh kerana itu penampilannya ringkasnya dikatakan selekeh pula. Di entri ini kami kongsikan hasil seni lukisan Emma.


Photobucket
Photobucket
Nampaknya memang Emma mempunyai bakat seni yang besar dan boleh pergi jauh dalam bidang lakonan memandangkan beliau masih muda. Lagi 22 gambar lukisan Emma dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Maembong’s Art Gallery.

 
Written by serenity | July 16th, 2012

Walaupun sudah setahun lebih menceburi industri hiburan di Malaysia, boleh kami katakan yang nama Nazim Othman semakin meniti bibir peminat seni tanahair kerana drama ‘Dejavu Di Kinabalu’, drama bersiri arahan Erma Fatima yang sedang ditayangkan di TV3 untuk slot Akasia.

Ramai yang jatuh minat melihat Nazim kerana watak bernama Bazli yang dilakonkannya disamping pelakon-pelakon seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Rebecca Nur Islam dan ramai lagi. Watak Bazli yang baik hati menimbulkan simpati di kalangan penonton kerana wataknya bukanlah pilihan heroin untuk untuk menjadi heronya. Berbekalkan wajah kacak dan bakat lakonan yang baik tidak mustahil Nazim akan meletakkan diri sebaris dengan pelakon lelaki popular tanahair tidak lama lagi.

Mungkin menyedari aura Nazim, Erma Fatima telah memberikan peluang kepada Nazim untuk melakonkan watak utama lelaki dalam drama Erma yang seterusnya, Kau Yang Terindah. Nazim melakonkan watak utama di samping Neelofa Mohd Noor, dan khabarnya mereka baru saja selesai menjalani penggambaran drama tersebut di Makkah dan Madinah di samping menunaikan umrah bersama Erma dan krew-krew penggambaran yang lain. Drama Kau Yang Terindah ini dijadualkan untuk tayangan di Slot Akasia mulai 6 Ogos ini dan bukanlah merupakan sebuah adaptasi novel.

Kalau sebelum ini kita sudah lihat gambar Neelofa di sana, apa kata kita layan gambar Nazim di sana pula. Kelihatannya drama ini akan menjadi satu produk yang bagus. Lagi 7 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nazim Othman.