December 9th, 2015

Semenjak menyertai Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana mula melonjak naik dan kembali popular sehingga jumlah pengikut beliau di Instagram juga bertambah.

Walaubagaimanapun, soalan bilakah beliau akan berkahwin lagi sering menjadi perhatian ramai sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini dilamar seorang ustaz.

Mengakui selesa dengan kehidupan beliau sekarang, Siti Nordiana menerusi portal Harian Metro berkara beliau masih belum sedia untuk menerima sebarang lamaran perkahwinan dan ingin fokus kepada anak serta kerjayanya buat masa ini.

Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang.

Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.

Meskipun sudah 6 tahun beliau hidup solo, Siti Nordiana belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius akan gosip ataupun usikan daripada rakan-rakan mengenai jodoh beliau.

Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun.

Bakat Siti Nordiana akhirnya di sedari ramai pihak selepas membuktikan beliau mampu memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu di pentas Gegar Vaganza 2. Mampukah Nana menjadi juara?

Sumber Berita: Harian Metro

November 15th, 2015

Minggu ke 5 menyaksikan Amir Ukays tersingkir daripada Gegar Vaganza 2. Ini adalah satu keputusan yang munasabah oleh para juri selepas persembahan biasa-biasa Amir ketika menyanyikan lagu “Yank” daripada Wali Band. Apa pun, yang paling mencuri perhatian Abang Nara minggu ini ialah Haiza. Hebat sungguh Haiza menyanyikan lagu Rela. Pergh. Sampai tertanya-tanya Abang Nara kenapa Haiza memilih genre dangdut pada zaman kegemilangannya dengan suara sehebat ini.
haiza gegar vaganza 2
Selain itu, seperti yang dijangkakan, Nassier Wahab, Faradhiya dan Nizam Laksamana terus menunjukkan prestasi yang membanggakan. Minggu ini Gegar Vaganza 2 tiada kontroversi cuma ada beberapa individu tidak menggemari lawak meniru gaya Jamal Abdillah yang telah dilakukan oleh Achey dan juga Ajak Shiro. Namun itu adalah bertujuan untuk mempromosikan program terbaru Astro.

haiza gegar vaganza 2
Selain itu, gimik penyingkiran pengacara Nabil serta Jihan dan digantikan oleh Kak Engku dan Salih Yaakob juga menjadi. Tergelak besar Abang Nara. Ternyata sorakan para peminat menyebelahi Nabil dan Jihan. Sesungguhnya gabungan Nabil dan Jihan memang perfect. Teruskan usaha. Apa pendapat anda tentang konsert Gegar Vaganza 2 minggu ke 5?