January 26th, 2014

Sebentar lagi, kira-kira jam 9 malam, Anugerah Juara Lagu ke 28 akan berlangsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Para peminat muzik tanah air boleh menyaksikan majlis ini secara langsung di TV3 atau laman web www.anugerahjuaralagu.com. Yang pasti, semua pihak kini ternanti-nanti persembahan hebat daripada 12 finalis yang akan berentap hebat malam ini.

keputusan terkini ajl28

Untuk menyegarkan kembali ingatan anda, berikut ialah 12 lagu yang bakal didendangkan di AJL28.

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Abang Nara akan memberikan komen mengenai AJL28 di akaun Twitter BeautifulNara dan juga Facebook BeautifulNara. Jangan lupa follow dan LIKE untuk turut sama memberi maklumbalas anda. Keputusan terkini akan dikemaskini sepantas mungkin untuk tatapan anda. Buat semua peserta, good luck and all the best Abang Nara ucapkan.

P.S: Ramalan keputusan AJL28 boleh dibaca di sini

January 23rd, 2014

Seperti biasa, setiap tahun Abang Nara akan menurun di celah-celah Gunung Daik bercabang tiga untuk mendapatkan ilham mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu 28. nKali ini banyak dugaan yang terpaksa Abang Nara tempuhi sepanjang penurunan. Namun kekuatan mental tahap Ultraman Taro yang dimiliki oleh diri ini memastikan dugaan tersebut berjaya ditempuhi.

ajl28

Kini ramalan keputusan AJL28 yang akan berlangsung Ahad, 26 Januari sudah berada di tangan Abang Nara. Apa-apa pun, mari kita saksikan senarai 12 lagu yang akan bertanding pada malam tersebut.

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah
keputusan ajl28Dan ini pula ialah ramalan Abang Nara:-

1. Juara: Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
2. Naib Juara: Kau Yang Terindah (Alyah)
3. Tempat Ketiga: Aku Pelat (Salam Musik)
4. Vokal Terbaik:  Takkan Terpisah (Black)
5. Persembahan Terbaik: Kalau Aku Kaya (Altimet feat Awi Rafael)

Amcam ramalan Abang Nara? Ada harapan mengena tak? Abang Nara pasti anda juga ada ramalan tersendiri. Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca lain. Kita tengok siapa yang kena nanti. Hehehe.