May 22nd, 2013

Susulan kata-kata “Mak Afiq kurang siuman kot“, Eina Azman telah dikutuk dan dicerca oleh ribuan manusia yang kecewa dengan kebiadapannya. Siapa yang tak bengang kan? Kurang siuman sememangnya satu perkataan yang sangat kurang ajar.

eina azman

Berkata kepada Sinar Harian, Eina Azman memberitahu yang sepatutnya perkara tersebut adalah “off record”. Kata Eina:-

Advertisement

Apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan…bukan untuk disiarkan. Eina lupa nak cakap ‘off record’

eina azman

Amboi boleh pulak macam itu? Nasib baik selepas ini Eina kata taknak keluarkan apa-apa kenyataan lagi. Selamatlah kita daripada mendengar kata-kata yang tak masuk akal daripadanya.

Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina…hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah. Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina. Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun

Diharap Eina berpegang pada kata-katanya dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan. Abang Nara boleh sakit jiwa setiap kali membaca kata-kata yang keluar daripada mulut Eina. Biarlah hal ini selesai di mahkamah. Nanti kat sana Eina boleh cakap sepuas-puasnya.

P.S: Model kismis yang sangat meloyakan

Advertisement
March 16th, 2013

Wow. Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini. Mungkin tak tahan melihat kecantikan Eina Azman, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk telah melakukan gangguan seksual ke atas Eina ketika bertemu di sebuah hotel baru-baru ini. Keji kan?

eina azman

Tragedi buruk ini berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu. Eina bertemu dengan Datuk tersebut untuk berbincang mengenai hal pembelian kereta tetapi lain pula jadinya. Kata Eina kepada Harian Metro:-

Advertisement

Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.

eina azman

Untuk makluman, Eina telah pun membayar RM175,500 untuk membeli sebuah kereta Mercedes yang berharga RM220,000. Oleh kerana masih gagal untuk mendapatkan kereta yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dilakukan, Eina telah pun berjumpa dengan Datuk tersebut. Kata Eina lagi:-

Apabila dia berkata mahu mebela saya selama 3 tahun dan memberikan saya apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima.

Fuh ~~ Susah juga jadi pelakon yang cantik menawan macam Eina ini. Macam-macam dugaan yang ada. Mungkin Eina boleh mengambil pengajaran daripada tragedi ini. Lain kali nak berbincang, pergilah kedai mamak atau tempat yang ramai orang. Jangan pergi ke hotel-hotel dan tempat yang ada orang 2,3 kerat je. Bahaya untuk diri sendiri.

P.S: Shae versi Bangla

Advertisement