February 17th, 2015

Finale Maharaja Lawak Mega 2014 telah berlalu. Seperti yang anda maklum kumpulan Zero telah memenangi petandingan itu manakala Sepahtu mendapat tempat kedua.

Susulan itu, kita dikhabarkan Nabil bersara manakala Sepahtu mengumumkan menarik diri dari pertandingan itu pada tahun hadapan.

Melalui penulis ruangan pojok Harian Metro, penulis Cik Pang memberitahu melalui sumbernya bahawa Jep Sepahtu mengamuk dan meluahkan rasa tak puas hati di belakang pentas apabila Zero diumumkan sebagai juara pada malam itu.

Sumber juga mengatakan Jep mengeluarkan makian dan memberi amaran untuk mendapatkan dalang yang menyebabkan ketewasan Sepahtu pada finale MLM 2014.

Dikatakan bahawa Jep mendakwa seseorang melakukan ilmu hitam terhadapnya sehingga dia dan Shuib tidak dapat memfokuskan untuk finale itu dan menyebabkan kekalahan mereka. Katanya, Jep serius dangan dakwaan itu dan membawa tentangnya ke pengetahuan pihak atasan Astro Warna.

Dakwa sumber yang merupakan orang produksi MLM 2014, disebabkan kejadian itulah Sepahtu mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai pertandingan pada tahun hadapan.

Sememangnya dakwaan Jep itu sesuatu yang serius namun agak sukar dibuktikan. Apakah tindakan yang diambil Jep untuk mencari pesalah yang dikatakan dan apakah pula tindakan yang bakal diambil beliau apabila pesalah itu ditemui? Hanya Jep yang tahu jawapannya jika benar kata-kata sumber Cik Pang tersebut.

Bersama kita nantikan hasilnya.

May 17th, 2013

Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

shuib

Bayi kedua ini ialah bayi perempuan. Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki. Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib.

shuib

Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka menerusi Instagram Shuib.

April 10th, 2013

Kalau sebelum ini gandingan ini pernah muncul dalam filem Sepah the Movie yang turut menampilkan pelakon kontroversi Anzalna Nasir, Mei ini Jep dan Shuib bakal muncul pula dengan sebuah lagi filem komedi iaitu Oh Mak Kau!




Jadi, para peminat yang mungkin merindui aksi mereka di layar perak bakal berpeluang untuk menyaksikan mereka sekali lagi dalam filem yang diterbitkan oleh Star Scope Production dan dikategorikan sebagai filem aksi komedi ini. Barisan pelakon yang membarisi filem lakonannya juga tidak kurang hebat dan berpengalaman dalam industri seperti Wan Maimunah, Syamsul Yusof, Didie Alias, dan Abon.

Filem ini turut menampilkan Allahyarham Osman Kering atau nama sebenarnya, Osman Kassim.

Bagi peminat Jep dan juga Shuib, apa kata serbu ramai-ramai waktu filem ini ditayangkan nanti? Kredit gambar Facebook Oh Mak Kau. Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bangganya membawakan kepada anda teater bangsawan “Pak Pandir” yang dipentaskan oleh Persatuan Kesenian D’anjung Ibai dari Kuala Terengganu, Terengganu.
Saksikanlah apa kesudahan nasib si lurus bendul Pak Pandir, Mak Andeh, Lebai Malang dan Pak Kaduk dalam teater Bangsawan Pak Pandir yang dipentaskan pada 12, 13 dan 14 April 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket premier (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam) berharga RM 50 boleh ditempah melalui nombor telefon 03-2614 8262!




























December 4th, 2011

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Siti Sarah dan Shuib yang kini sudah pun bergelar ibu dan ayah. Anak lelaki mereka yang masih belum diberikan nama telah selamat dilahirkan hari ini (4 Disember 2011) pada jam 10.19 pagi. Di bawah ialah gambar anak Siti Sarah dan Shuib.

gambar anak siti sarah dan shuib

Comel kan? Semoga anak mereka berdua membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Siti Sarah dan Shuib sekali lagi.