November 23rd, 2015

Dihimpit kontroversi apabila kes beliau mencederakan Shenty Feliziana tersebar, Syazwan Zulkifly sebelum ini telah meluahkan hasratnya untuk berhenti daripada dunia lakonan.

Pengumuman tersebut dilakukan olehnya menerusi akaun Twitternya dimana beliau menyatakan drama  2000km Ke Al Haram adalah drama terakhirnya.

Keputusan itu dibuat kerana khuatir isu beliau dan Shenty akan berpanjangan dan sekaligus memberikan kesan buruk kepadanya.

Terbaru, Syazwan nampaknya sudah berubah fikiran dan memberitahu beliau tidak akan berhenti berlakon dan memohon maaf kepada semua pihak kerana membuat keputusan mengikut emosi.

Ya, saya akan terus berlakon. Saya minta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengikut perasaan.

Kalau nak cakap kerana takut akan kontroversi berpanjangan, ia adalah risiko atas perbuatan anda sendiri. Jika berhenti berlakon sekali pun ia tidak bermakna tiada masalah yang akan selesai. Mulut orang ini akan selalu bercerita tentang perkara buruk orang seseorang artis meskipun mereka tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

Sumber Berita: Mangga Online

November 23rd, 2015

Apabila pengacara kelahiran Singapura iaitu Shenty Feliziana mendedahkan beliau dicederakan oleh kekasih Syazwan Zulkifly selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka, ramai yang mengutuk perbuatan aktor itu sehingga ada peminat yang mengugut akan memecahkan muka Syazwan sekiranya beliau datang ke Singapura.

Selepas Shenty membuat laporan polis, Syazwan telah bertemu dengan ibu bapa wanita tersebut dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tidak pernah memberikan kenyataan berhubung kes tersebut sebelum ini, Syazwan menerusi BH PLUS  mengakui kesilapannya itu dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak sengaja mencederakan Shenty.

Malah, beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau seorang yang panas baran.

Saya mengakui silap saya dan berjanji untuk berubah. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan baik, mungkin lepas ini saya perlu mengawal emosi. Tetapi itu bukan bermakna saya seorang yang panas baran.

Lelaki mempunyai egonya, apatah lagi hal sebelum itu belum selesai. Ketika bergaduh, saya tersikku mukanya dan ia tidak disengajakan. Ketika itu, saya sedang memandu dan apabila melihat wajah Shenty, saya menangis. Ya Allah! Kenapa jadi begini?

Syazwan juga ada meminta Shenty untuk memberikannya peluang kedua dan kembali bersama. Namun, Shenty yang masih dalam keadaan trauma buat masa ini enggan belum terbuka hatinya untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekali pun.

Hati wanita ini lembut tetapi apabila ada lelaki sudah cuba untuk naik tangan meskipun tidak sengaja  sehingga mendatangkan kecederaan pasti ia akan membuatkan mereka menjadi trauma. Apa-apa pun, kami harap selepas ini Syazwan Zulkifly benar-benar berubah seperti yang beliau katakan dan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sumber Berita: BH PLUS

November 13th, 2015

Sebelum ini, pelakon dan pengacara kelahiran Singapura, Shenty Feliziana mendedahkan dirinya telah dikasari oleh seorang pelakon lelaki ketika berbincang tentang masa depan perhubungan mereka. Wajah Shenty dilihat bengkak selepas dipukul dalam gambar yang dihantar kepada sebuah akhbar.

Walaupun tidak menamakan pelakon itu, ramai mempercayai pelakon lelaki yang telah memukul Shenty ialah kekasihnya Syazwan Zulkifly. Shenty memberitahu perhubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan dia kini tidak mahu dikaitkan dengan Syazwan lagi.
 photo Screen Shot 2015-11-13 at 3.32.24 PM.png

Syazwan masih mengambil pendekatan berdiam diri mengenai perkara itu. Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram menulis komen di akaun Instagram Syazwan, mengugut akan memecahkan muka Syazwan sekiranya datang ke negara kelahiran Shenty iaitu Singapura.


 photo Screen Shot 2015-11-13 at 2.28.04 PM.png
Sebenarnya, sebelum ini Syazwan pernah dikaitkan dengan sikap panas baran oleh media tempatan. Sikap Syazwan ini dikatakan menjadi punca dia terputus hubungan dengan kekasih sebelum Shenty iaitu Faye Kusyairi yang berlakon bersamanya dalam drama Istikharah Cinta.


 photo 1517126_858439334237313_820649499_n.jpg

Syazwan bagaimanapun bengang dengan tuduhan itu dan bertindak mempertahankan dirinya melalui satu status di Instagram:

Biar saya jawab ye… Berkarya betul opening artikel ni…sampai hilang mood raya n rasa tak hadam rendang bila tahu ‘CERITA SEBENAR’ saya berpisah????wowwwwwww…tak tahu la nk rasa apa dengan statement ni…hello, cerita sebenar awak tu dari mana??takde pun interview saya?jangan nak sebenar sgt tau..
And gigih yeh awak n teman rapat awak dalam industri (pegghhh industri) cik timah tu selidik pasal perpisahan saya???terasa diri ini seperti Brad Pitt pulak bila ada gigih selidik kes breakup saya ni…yer la industri kan,kene feeling paparazi sikit..ye tak..?tapi yang sedihnya..punya la berapi dengar cerita siap selidik bagai,end up PANAS BARAN adalah jawapan pasti n cerita sebenar saya berpisah?? Ini kali ke berapa dah saya bg tahu, tapi demi Diva tercinta, saya ulang la ye..saya bukan seorang yang panas baran yeh..saya marah pun susah..tapi jgn di provoke..setiap manusia ada limit kesabaran nya..tapi yang PASTI, berpisah seperti yang dikata bukanlah berpunca dari panas baran seperti yang awak tulis ni ye(rasanya nak btlkan statement awak tak?) Saya psiko and takde perempuan nak dekat?Saya boleh psiko kan diri saya untuk awak kalau awak nak..kalau la nak la…keras tau perkataan awak ni..ke awak yang psiko hari2 raya,bulan2 baik mcm ni and tv semua promosi kan kempen #kosongkosong #sykurselalu and awak tulis gossip cerita org berantakan berpisah dah sebarkan fitnah utk orang baca???siap terganggu mood raya n tak hadam makan lagi…SIAPA YANG PSiKo ni?? Sepanjang saya dalam bidang pekerjaaan ni,belom ada kes lagi tau director kene baling kerusi,artis kene pijak,asst director kene maki,saya tumbuk producer and wartawan kene penyepak saya tau..and saya pun tak pernah dengar lagi ada laporan polis dibuat sebab saya bertindak kasar dan panas baran dengan org yg saya keluar…ini keras yeh ayat awak ni…awak kene settlekan tau ayat awak ni..kalau awak cukup manusia dan sedar kita dalam bulan dimana org islam semua bermaaf-maafan
Tolong ye..tapi kalau tak nak,takpe..biar saya yang jadi manusia..saya maafkan awak ye..lain kali jangan buat lagi tau.

Kepada yang membaca and terasa saya over stand macam ni saya minta maaf..selama ni saya diam..tiba masanya saya bercakap.

Apabila berlaku perkara sebegini maka sedikit sebanyak memberi persepsi kepada orang ramai bahawa apa yang diperkatakan tentang Syazwan di ruangan pojok Diva Kosmo! itu ada asasnya.

Sekiranya mempunyai masalah, Syazwan dicadang mendapatkan bantuan dari pihak yang pakar. Adalah sayang sekali buat pelakon yang kacak dan berbakat besar seperti Syazwan untuk terpalit dalam kontroversi sebegini di saat namanya sedang meningkat naik.

Jangan lupa…Joget 1Malaysia @Melaka Sabtu ini 14 November, Banda Hilir, Melaka “Layang-layang, selayang…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

November 11th, 2015

Baru-baru ini pelakon Syazwan Zulkifly menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia lakonan kerana satu peristiwa, namun tidak dapat dipastikan apa sebenarnya peristiwa tersebut. Pelakon itu juga memuat naik status di Instagram menyatakan rasa rindu pada Shenty Feliziana, pelakon dan pengacara kelahiran Singapura yang dikaitkan dengannya.

Melalui BH Online, Shenty mengakui dirinya telah dikasari seorang pelakon lelaki namun begitu sudah memaafkannya. Kejadian dikasari itu berkaitan dengan satu gambar wajah Shenty berada dalam keadaan tercedera bulan lepas yang dihantarnya kepada BH. Susulan kejadian itu, Shenty telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober untuk keselamatan dirinya.

Ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.

Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan…dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan.

Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

Shenty bagaimanapun telah menarik balik laporan polis terhadap pelakon lelaki tersebut.


 photo C72443CE22C559AE141763A77279F548_low.transformed.jpg

Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya.

Shenty mengakui merasa trauma dengan kejadian itu dan juga enggan dikaitkan lagi dengan pelakon itu:

Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu. Hubungan kami masih pada tahap perkenalan kerana selagi tak berjumpa keluarga dan tiada ikatan, apa sahaja boleh terjadi.

Saya datang Malaysia kerana mahu mencari rezeki dan saya tak ada langsung berniat mahu meraih simpati atau mendapatkan perhatian seperti ini.


Buat pengetahuan anda, Syazwan sememangnya ialah salah seorang pelakon utama untuk drama 2000KM ke Al Haram. Spekulasi yang tersebar di alam maya ialah, pelakon yang dimaksudkan ialah Syazwan.

Jika benar, ia sepatutnya tidak berlaku kerana seorang lelaki tidak sepatutnya naik tangan pada seorang perempuan khususnya berkait dengan hal percintaan dan perhubungan. Itu tidak gentleman namanya. Setakat ini Syazwan belum memberi kenyataan mengenai perkara ini. Kita tunggu saja perkembangan selanjutnya.

Jom saksikan bangsawan "Sumpahan Nujum Perawan" pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015