Written by Bella | December 1st, 2016

Selepas Noor Nabila menafikan gosip beliau ditumbuk oleh Sharnaaz Ahmad, kini pelakon lelaki itu pula tampil menafikan segala fitnah yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas.

Sharnaaz menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau tidak pernah berani memukul anak orang.

Berdasarkan kapsyen Sharnaaz, beliau seakan tahu siapa yang mula menyebarkan isu beliau menumbuk Noor Nabila.

Memang terbukti mereka berdua sedang bahagia. Sharnaaz sempat “bermanja” dan mengucapkan kata-kata cinta buat Noor Nabila melalui ruangan komen di Instagram kekasihnya itu.

Berikut komen-komen Sharnaaz bersama Noor Nabila yang dianggap “sweet” oleh netizen :-

Boleh tahan romantik abang otong  ni..Siapalah yang sengaja cetuskan fitnah tu, mesti dengki ataupun cemburu dengan kebahagiaan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Written by Bella | November 30th, 2016

Sejak beberapa hari ini, laman forum tempatan kecoh dengan khabar angin mengatakan Sharnaaz Ahmad telah menumbuk kekasihnya Noor Nabila dan meninggalkannya di stesen minyak selepas kejadian itu berlaku. Malah, ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

Walaubagaimanapun, Nabila menerusi akaun Instagramya telah menafikan dakwaan liar berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan Sharnaaz.

Saya ada dengar rumours bodoh about me and sharnaaz, saya doakan sapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah swt.

Dosa fitnah lebih teruk dari membunuh. Baik bunuh orang je dik oi. Jangan sibuk hal org, jaga diri sendiri tu belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa.

Saya nak ajak semua org yg follow saya ni 178k ni, doakan org tu, semoga Allah bersihkan hati dia.

Nampaknya cinta Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad masih utuh. Bersabarlah dengan segala tuduhan yang dilemparkan. Harapnya rencana mereka berdua untuk ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.

Sumber Berita : Instagram Noor Nabila / Forum Cari