Written by Bella | April 18th, 2017

Baru-baru ini, pasangan pengantin baru, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah berangkat ke Itali untuk menikmati percutian bulan madu mereka.

Mereka berdua sempat berkongsi beberapa foto ketika berada di Itali dengan peminat menerusi akaun Instagram. Rata-rata peminat yang melihat foto bulan madu Sharnaaz dan Noor Nabila mendoakan agar mereka kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Bak kata pepatah, mereka memang ibarat pinang dibelah dua lebih-lebih lagi raut wajah mereka agak seiras.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar bulan madu Sharnaaz dan Noor Nabila di Itali dengan membaca entri ini sepenuhnya.