July 13th, 2020

Memilih untuk tidak peduli dengan segala cemuhan yang dilemparkan kepada adiknya Sharifah Sakinah, aktres dan penyampai radio terkenal tanah air Sharifah Shahirah akui perkara tersebut harus diterimanya memandangkan Sakinah merupakan seorang selebriti.

sharifah shahirah tak peduli cemuhan yang dilempar kepada sakinah

“Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni.”

sharifah shahirah tak peduli cemuhan yang dilempar kepada sakinah

Menurutnya, penceraian yang berlaku ini merupakan proses pembelajaran buat Sakinah. Hal ini kerana, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menegaskan, penceraian ini kadang-kadang mampu membuat seseorang itu bersikap lebih matang.

“Kadang-kadang lepas bercerai ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah.”

Bagaimanapun Shiera sempat menyindir tingkah laku netizen yang tidak putus-putus menghentam adiknya, malah banyak lagi yang boleh dijadikan tauladan asalkan tidak menjaga tepi kain orang lain.

sharifah shahirah tak peduli cemuhan yang dilempar kepada sakinah

“Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain.”

Terdahulu, Sakinah pada Khamis lepas mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu. Untuk rekod, Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini telah berusia 3 tahun.

Sumber: Gempak

April 9th, 2020

Mula mengenakan tudung sejak Februari lalu, tempoh PKP nampaknya mempunyai hikmah tersendiri buat pelakon Sharifah Shahirah apabila dia kini sudah mula berhijab sepenuhnya.

sharifah shahirah bertudung

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera, dia mula tekad untuk menutup aurat selepas menyedari wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia ini adalah adalah dugaan Allah SWT. Pada awalnya, dia bernazar untuk memakai tudung sekiranya ada penawar untuk wabak tersebut, namun hatinya mula “dijentik” dan ia membuatkan Shiera untuk terus melaksanakan niatnya untuk menutup aurat sekarang.

Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

sharifah shahirah bertudung

Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai. Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.

Menurut Shiera, suami, anak-anak dan ahli keluarga menyokong keputusannya itu. Malah, anak perempuannya juga sudah menyatakan hasrat untuk bertudung satu hari nanti.

sharifah shahirah bertudung

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Shiera terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : Harian Metro

April 5th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah yang kini sedang hamil anak beliau yang keenam.

Shiera mengesahkan kandungan beliau kini sudah masuk dua bulan dan mengetahui dirinya berbadan dua selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya pada hujung bulan Februari lalu.

Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu. Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga.

Pada awalnya Shiera merasa bimbang kerana mengandung pada usia 40an, walaubagaimanapun setelah mendapat nasihat doktor beliau kini lebih berjaga-jaga dalam melakukan sebarang aktivit dan berharap segala proses kehamilan dipermudahkan.

Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian. Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Selepas hamil kali terakhir sekitar 7 tahun lepas, kali ini Shiera dan suaminya Ijoy mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kali ini.

Hasil perkahwinan bersama pelakon Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Shirah mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Sumber Berita : Harian Metro