Written by AbangNara | January 13th, 2014

Panas tidak akan berpanjangan. Satu ketika pasti akan turun jua hujan. Selepas rumahtangga yang dibinanya berakhir dengan penceraian pada bulan Februari 2012 yang lalu, kini Sharifah Aleya telah pun bertemu jodoh buat kali kedua. Sabtu lalu, dalam satu majlis sederhana, penyampai radio ini telah selamat bergelar isteri kepada Mohammed Azam Abdullah yang lebih dikenali dengan nama gelaran Miko.

sharifah aleya miko

Sharifah Aleya dan Miko mula berkenalan apabila mereka berdua terlibat di dalam teater Terima Kasih Cinta kira-kira 3 tahun yang lalu. Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. Sharifah Aleya menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000 dan membalas 5 dulang hantaran dengan pengantin lelaki memberi 3 dulang.

sharifah aleya miko

Tahniah diucapkan buat Sharifah Aleya dan Miko atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Haiwan bermisai yang comel

 
Written by serenity | October 10th, 2013

Kelmarin, berlaku sedikit salah faham di Twitter di antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof apabila Amani mempersoalkan mengenai klasifikasi filem ‘KL Gangster 2’ yang diberikan sebagai PG 13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) walaupun dikatakan mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk penonton di bawah umur 18 tahun.

Hari ini melalui Berita Harian, Datuk Yusof Haslam yang juga penerbit filem KL Gangster 2 menasihatkan penerbit filem yang dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas untuk membuat rayuan kepada LPF seperti yang dilakukan oleh beliau untuk filemnya.

Filem terbitan saya pada awalnya diberikan klasifikasi 18. Ia tidak membimbangkan saya kerana kesan klasifikasi 13 dan 18 itu hanya sekitar 10 hingga 20 peratus ke atas kutipan tiket. Jika sesebuah filem berpotensi pergi lebih jauh, kutipan pada dasarnya tidak terganggu dengan pemberian klasifikasi itu.

Bagaimanapun, selepas berlaku kebocoran KL Gangster 2 di Internet, filem terbitan saya disifatkan sebagai kes istimewa. Selepas kebocoran itu jugalah baru saya membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal saya tanggung. Apatah lagi produk yang bocor itu belum mendapat pemotongan daripada LPF.

Reaksi Yusof adalah sebagai maklumbalas kepada penerbit yang filemnya dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas. Selepas itu terpulang kepada budi bicara panel LPF sama ada untuk menerima atau tidak justifikasi yang diberikan penerbit.

Ada betulnya apa yang dikatakan beliau itu sebagai orang lama dan berpengalaman dalam industri. Selepas ini diharap penerbit-penerbit filem yang mahu filem mereka diklasifikasikan untuk penonton berumur lebih rendah patut membuat rayuan sekiranya filem mereka diklasifikasikan 18 supaya lebih luas pasaran penonton yang berkemungkinan menonton filem mereka.

Setakat ini antara filem yang mendapat klasifikasi 18 ialah Psiko Pencuri Hati dan Dampak.

Written by serenity | October 8th, 2013

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-

 photo amani.png

Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.

Image Hosted by ImageShack.us

Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-

 photo amani2.png

Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul ‘terasa’ dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang ‘double standards’ yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan ‘double standards’ sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80’an.

Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industri filem negara secara umumnya. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | August 28th, 2013

Dengar tajuk pun dah terasa ke”psiko’annya. Filem thriller terbaru arahan Nam Ron ini menampilkan nama-nama hebat seperti Bront Palarae, Sharifah Amani dan Syed Hussain. Tayangan untuk filem penuh saspens ini akan bermula pada 5 September.

psiko pencuri hati

Secara ringkas, filem ini mengisahkan tentang Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memastikan kemantapan karyannya, Sidi menyelidik seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau berakhir dengan tragedi. Siapakah yang terbunuh? Siapakah yang membunuh? Psiko, Pencuri Hati ada jawapannya.

psiko pencuri hati

Jangan lupa untuk ke pawagam berdekatan anda untuk menonton filem ini. Sokonglah filem tempatan. Tanpa anda, industri kita pasti akan murung. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Mazda 3 2013 serba baharu akan berada di pasaran Malaysia November ini?