Written by serenity | April 21st, 2016

Jika memandu pulang dari tempat kerja, pasti ramai yang berkesempatan mendengar slot Sate di Era yang dikendalikan oleh Shahrol Shiro, Tauke dan Dina Nazir. Slot ini memang diketahui dengan segmen prank-call. Antara yang telah terkena prank-call dari mereka bukan saja artis, malah orang ramai.

Seorang pengguna Facebook bernama Nur Nabilah telah menulis mengenai apa yang dianggapnya prank-call melampau yang dibuat dalam segmen Sate ini pada 17 April lepas.

Menurut Nabilah, prank-call tersebut hampir mencetuskan pergaduhan antara suami isteri.

 photo CgYEOsqVIAERCaH.jpg

Segmen Sate sebelum ini juga pernah menjadi kritikan orang ramai atas sebab yang sama iaitu tidak sensitif dengan situasi mereka yang terkena panggilan tersebut. Sememangnya stesen radio kita amat gemar menampilkan segmen prank-call ini. Ia bukan saja ditampilkan di Era, malah di stesen radio terkenal yang lain.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Nur Nabilah, kadangkala ada kandungan yang perlu ditapis oleh penerbit atau diketepikan bagi menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Apa pendapat anda?

Written by Bella | March 19th, 2016

Shahrol Shiro akhirnya telah menamatkan zaman dudanya selepas sah bernikah dengan Nor Farhanah malam semalam.

Kedua-dua mempelai nampak segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Lebih bahagia lagi bila anak Shahrol hasil perkahwinan pertamanya, turut bersama dengan mereka pada malam penuh bermakna itu.

Berikut kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Shahrol Shiro dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit foto : era fm & Kirikananstudio

 
Written by Bella | March 19th, 2016

Pelawak Shahrol Shiro telah sah bergelar suami kepada pasangan Nor Farhanah Syamimi, dengan tiga kali lafaz dalam satu majlis akad nikah di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor pada jam 9.15 malam semalam.

Farhanah menerima mas kahwin yang merupakan kitab suci Al-Quran manakala wang hantaran pula tidak diketahui jumlahnya. Majlis tersebut cukup meriah dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan artis.

Difahamkan, majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung hari ini dan majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Julai, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan anda, Shahrl pernah berkahwin pada tahun 2008, namun bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkahwinan lalu, Shahrol dikurniakan seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan pasangan. Kami mendoakan perkahwinan anda kali ini kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | February 5th, 2016

Pernah memberitahu bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, Shahrol Shiro mengumumkan beliau bakal bernikah pada 18 Mac ini bersama kekasihnya Nor Farhanan Syamimi. Malah, Shahrol juga sudah mendedahkan wajah bakal isterinya itu kepada umum.

Shahrol dan Nor Farhanan yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor akan bernikah dii Dewan Kampus Intan Wilayah.

Pasangan ini merencana untuk mengadakan majlis resepsi pihak perempuan sehari selepas mereka bernikah iaitu pada 19 Mac depan. Majlis di pihak lelaki pula akan diumumkan sendiri oleh Shahrol sekitar bulan Julai nanti.

Buat masa ini Shahrol dan Nor Farhanan sedang sibuk menguruskan segala persiapan bagi majlis raja sehari mereka. Mereka juga akan menjalani kursus kahwin yang akan diadakan esok.

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol dan Nor Farhanan semoga segala perancangan bagi majlis perkahwinan anda berdua berjalan lancar.

Sumber Berita: Astro Gempak