January 21st, 2016

Hubungan rapat Erra Fazira dan Shahir sering mendapat perhatian ramai meskipun mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta.

Beberapa hari ini pula, timbul satu khabar angin mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Betul ke? Sejauh mana dakwaan tersebut tidak pula kami ketahui tetapi ia sudah viral di Internet.

Lagipun, Erra juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.

Erra juga pernah memberitahu beliau menerima jodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun 2014. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.