January 26th, 2016

Hubungan Shahir yang dikatakan rapat dengan Erra Fazira, menimbulkan khabar angin bahawa Shahir telah meminang Erra baru-baru ini.

Gosip itu cukup hangat diperkatakan sehingga ada antara peminat Erra yang sudah mengucapkan tahniah buat beliau yang dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Apatah lagi selepas Shahir dikatakan telah bertemu empat mata dengan ibu Erra dan meluahkan hasrat beliau untuk memperisterikan penyanyi wanita tersebut.

Namun, Erra yang agak terkejut mendengar berita tersebut, menafikan perkara berkenaan kerana beliau kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem di Thailand.

Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai.

Hubungan Erra dan Shahir terus menjadi bahan bualan ramai dan seringkali dihimpit dengan pelbagai gosip. Daripada terus begini, apa kata kedua-duanya tampil dan memperjelaskan status sebenar hubungan mereka berdua. Kan senang..

Sumber Berita: Kosmo Online

January 21st, 2016

Hubungan rapat Erra Fazira dan Shahir sering mendapat perhatian ramai meskipun mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta.

Beberapa hari ini pula, timbul satu khabar angin mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Betul ke? Sejauh mana dakwaan tersebut tidak pula kami ketahui tetapi ia sudah viral di Internet.

Lagipun, Erra juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.

Erra juga pernah memberitahu beliau menerima jodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun 2014. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.