May 23rd, 2017

Setelah lama menyepi, semalam Shahir AF8 membuat pengakuan bahawa beliau serius berkawan dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya (berkahwin) dengan wanita tersebut. Shahir tampil  memberikan penjelasan  kerana bersimpati dengan Erra yang selama ini menjawab pelbagai persoalan  serta kontroversi mengenai status hubungan mereka.

Mengakui beliau begitu menghargai kenyataan yang diberikan oleh Shahir, Erra bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai soal berkahwin dengan Shahir dan menyerahkan soal tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

Saya sangat-sangat percaya pada aturan Allah SWT. Biarlah Allah sahaja yang tentukan soal jodoh saya. Kalau ditanya sama ada jadi atau tidak (berkahwin dengan Shahir) saya sendiri tidak tahu kerana itu adalah urusan Allah.

Kalau ada perasaan cinta dan sayang, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa seterusnya. Semoga segalanya dipermudahkan buat Erra dan Shahir.

Sumber Berita : Utusan Online

May 22nd, 2017

Sejak tahun lalu lagi, berita mengenai percintaan primadona filem Melayu, Erra Fazira dan Shahir AF8 sering diperkatakan sehingga ada yang mendakwa kononnya mereka sudah bertunang.  Kalau sebelum ini Erra sahaja yang memberikan kenyataan, kali ini Shahir telah tampil menjelaskan status hubungan mereka berdua.

Shahir mengakui beliau dan Erra serius berkawan dan beliau juga sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya bersama wanita tersebut. Shahir meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Saya memang serius berkawan dengan Erra. Saya juga bersedia untuk ke peringkat seterusnya.  Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami. Saya memohon semua peminat agar mendoakan hubungan kami. Insya-Allah, sampai waktu yang sesuai, akan ada berita baik.

Semoga segalanya dipermudahkan buat Shahir dan Erra. Kalau ada jodoh tidak kemana. InshaAllah peminat pasti akan mendoakan yang terbaik buat anda berdua.

Sumber Berita : Astro Gempak