Written by AbangNara | August 6th, 2013

Argh ~~~~~~~ Berita baik untuk peminat-peminat pelakon kacak Shah Rukh Khan. Beliau dan rakan-rakan akan hadir ke Malaysia pada 11 Oktober 2013 untuk menjayakan sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalik. Wife Abang Nara terus melompat kegirangan mendengar berita ini.

shah rukh khan di malaysia

Pengumuman awesome ini telah dilakukan di Facebook Hitman Solution yang merupakan sebuah syarikat terkemuka di dalam bab penganjuran konsert. Buat masa ini, belum ada sebarang info lanjut mengenai harga tiket dan info-info lain.

shah rukh khan di malaysia

Kepada peminat-peminat Datuk Shah Rukh Khan, jangan lepaskan peluang keeemasan ini untuk menyaksikan sendiri persembahan mantap beliau. Lepas raya nanti, bolehlah mula hafal lagu-lagu yang sering dinyanyikan oleh beliau di dalam filem-filemnya.

Written by AbangNara | December 17th, 2012

Untungnya Shah Rukh Khan mendapat mentor sehebat Tun Mahathir. Pasti banyak nasihat, ilmu dan pandangan yang diterima oleh Shah Rukh Khan daripada Tun Mahathir terutama mengenai kehidupan. Jeles pulak Abang Nara dibuatnya.

shah rukh khan

Untuk yang tidak tahu, Shah Rukh Khan telah terbang ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk hadir ke majlis sambutan hari jadi ke 87 Tun Mahathir. Memang sangat penting nampaknya Tun Mahathir di mata Shah Rukh Khan. Shah Rukh telah hadir bersama dengan isterinya ke majlis anjuran Lord Taylors ini.

shah rukh khan

Shah Rukh Khan akan memastikan yang beliau bertemu dengan Tun Mahathir beberapa kali setiap tahun. Antara kata-kata yang dituturkan oleh Shah Rukh mengenai pertemuannya dengan Tun Mahathir ialah:-

Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau. Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi.

shah rukh khan

Semoga hubungan mesra antara Shah Rukh Khan dan Tun Mahathir akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi 7 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info portal Murai.

 
Written by AbangNara | February 15th, 2011

shah rukh khan di Malaysia

Buat peminat-peminat Shah Rukh Khan, anda kini boleh menatap kekacakan wajahnya face to face. Kini Datuk SRK berada di Malaysia untuk penggambaran filem Don 2. Destinasi penggambaran Datuk SRK ialah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi. Khabarnya Datuk SRK selamat tiba di Malaysia bersama Priyanka Chopra semalam dan bakal berada di Malaysia selama sebulan.

Ada sesiapa di sini yang teruja nak berjumpa dengan Datuk Shah Rukh Khan? Teringat zaman dulu-dulu masa demam Bollywood melanda Malaysia. Abang Nara pun layan tengok cerita-cerita Datuk Shah Rukh Khan. In a way, cerita Bollywood ada bagusnya sebab menerapkan unsur kekeluargaan. Tak gitu?

Semoga sepanjang Datuk Shah Rukh Khan berada di Malaysia segalanya ok-ok belaka. Dan semoga selepas ini lebih ramai bintang Hollywood, Bollywood dan wood-wood yang lain akan datang ke Malaysia untuk membuat penggambaran. Oh ye, pelakon Malaysia Ady Putra juga akan turut berlakon dalam filem Don 2 ini.

P.S: Anak siapa la tue ??