June 18th, 2015

Apabila pelakon Shah Jaszle memuat naik foto beliau bersama kekasih Hanis Husna yang lengkap berpakaian seperti pengantin dengak kapsyen “finally” telah menimbulkan teka teki tentang status terkini pelakon tersebut.

Selepas itu, beberapa foto perkahwinan mereka telah tersebar di Internet  tetapi Shah masih lagi tidak mahu memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara itu.

Terbaru menerusi akhbar Harian Metro, Shah telah tampil membuat pengakuan yang beliau sudah mendirikan rumah tangga bersama Hanis Husna pada 1 Mei lepas.

Betul, saya sudah berkahwin pada 1 Mei lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Sepatutnya kami berkahwin Disember lalu, tetapi menangguhkannya kerana arwah ayah sakit. Sekali lagi majlis ditangguhkan apabila ayah meninggal dunia pada Februari lalu. Selepas tiga bulan, barulah kami sepakat bernikah.

Jelas pelakon yang sedang hangat dengan drama Bidadari ini, beliau sama sekali tidak sengaja untuk merahsiakan perkahwinan beliau, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahu majlis pernikahan mereka dilakukan secara privasi.

Bukan sengaja merahsiakan hal ini, tetapi ia atas permintaan keluarga yang mahukan majlis kami berlangsung secara privasi. Tambahan pula kes mahkamah (tangkap khalwat) saya masih berjalan. Selepas nikah saya ada buat majlis makan-makan. Insya-Allah majlis di sebelah isteri juga akan ada selepas ini.

Pasangan Shah Jaszle dan Hanis Husna selamat dinikahkan tepat jam 9 pagi di Masjid Kampung Ara, Damansara de­ngan bersaksikan keluarga terdekat.

Sekarang segala teka teki dan spekulasi telah terjawab, tidak terlalu lambat untuk kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Shah Jaszle dan Hanis Husna. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.Sumber Berita: Harian Metro
shah jaszle

P.S: Dapatkan segera koleksi terbaru Telekung Cotton Exclusive keluaran khas GudangMY! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai design yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Telefon/SMS/Whatsapp ke 019-2361986 atau LIKE Facebook GudangMY.