October 5th, 2011

Akhirnya, seperti yang telah Abang Nara jangkakan, kumpulan Sepah semalam telah dibubarkan secara rasminya. Namun kini Jepp dan Shuib bergabung untuk membentuk satu kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu(SepahTwo).

sepahtu

Umum mengetahui yang Jepp sendiri baru-baru ini mengakui yang Mamat adalah punca perpecahan kumpulan Sepah. Maka dengan tertubuhnya kumpulan Sepahtu ini, diharap Jepp dan Shuib akan mampu memberikan yang terbaik tanpa gangguan daripada pihak lain.

Malah katanya kumpulan Sepahtu akan turut membuat album selain daripada tampil melawak. Itu satu peningkatan yang sangat bagus. Rasa-rasanya bolehkah gandingan Jepp dan Shuib mencapai taraf seperti Jozan? Apa pendapat anda?

Kredit berita kepada Teratakarmo.