Written by Bella | September 4th, 2016

Sejak dari awal lagi, pencalonan filem Munafik di FFM 28 telah dihimpit pelbagai kontroversi. Semalam, filem itu menang besar didalam FFM 28 kerana berjaya mengungguli  kategori utama iaitu Filem Terbaik Nasional dan lima lagi kategori lain.

Oleh itu, masih ada lagi beberapa pihak mencetuskan spekulasi kononnya kemenangan Syamsul itu adalah kerana pengaruh bapanya.

Menjawab tuduhan liar berkenaan, Datuk Yusof Haslam memberitahu setiap anugerah yang diterima oleh filem Munafik tidak ada kena mengena dengan dirinya. Menurut Yusof beliau tidak terlibat dengan sebarang proses penilaian untuk FFM 28.

Saya tidak terlibat dengan proses penilaian dan sebenarnya saya sendiri baru diberitahu siapa barisan juri yang mengadili semua filem yang dipertandingkan.

Perkara tentang pertikaian ini bukan perkara baru dan Syamsul sendiri kecewa bila terlalu banyak tomahan dan pertikaian yang datang dari orang industri sendiri.

Pada masa yang sama, Yusof menegaskan beliau tidak ingin ambil peduli lagi dengan kritikan dan pertikaian orang ramai kerana ia langsung tidak membantu untuk meningkatkan lagi kemajuan filem negara.

Orang yang kritik filem saya itu sendiri tidak menunjukkan kemajuan dan hanya bersuara apabila ada penganjuran festival-festival begini.

Mereka tidak sedar perkara utama bukanlah tentang kemenangan tetapi bagaimana untuk meraih penonton datang menonton di pawagam.  Saya bersyukur filem-filem kami mengutamakan nilai kormersial dan kemenangan ini hanya satu bonus sahaja.

Syamsul menerusi filem Munafik juga berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik. Karya itu juga memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | September 4th, 2016

Semalam Festival Filem Malaysi ke 28 telah berlangsung di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  Seperti yang dijangkakan, filem Munafik  karya Syamsul Yusof menang besar didalam FFM 28.

Filem Munafik memenangi kategori utama iaitu Filem Nasional Terbaik (FFM28). Syamsul menerusi filem Munafik berjaya meraih anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik.

Filem itu juga berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

FFM 28 dimeriahkan lagi dengan hos yang cukup kelakar iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad, kedua-duanya cuba sehabis baik untuk menghiburkan orang ramai.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis ternama Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Tomok, Aizat Amdan, Man Bai Bunkface, Dewi Seriestha,  Back To Basixx, Maman dan Ernie Zakri.

Berikut senarai penuh pemenang di FFM 28 :-

Filem Box Office: Polis Evo

Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)

Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)

Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)

Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah (Polis Evo)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2- Terperangkap Dalam Kebebasan)

Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)

Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)

Anugerah Khas Juri: Ola Bola

Anugerah Khas Juri: Polis Evo

Anugerah Khas Juri: The Kid from The Big Apple

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain

Filem Cereka Animasi Terbaik: Boboiboy The Movie

Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda

Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim

Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan

Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof

Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat

Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik

Sumber Berita : mStar Online