April 2nd, 2013

Nampaknya hampir kesemua yang telah melihat video “deleted scene” filem Sembunyi Amukan Azazil yang memaparkan aksi malam pertama Remy Ishak dan Diana Danielle melahirkan rasa kecewa, malu dan sedih dengan adegan tersebut.

azazil

Menerusi Harian Metro hari ini, pengarah filem tersebut, Khabir Bhatia memaklumkan yang dia tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimuat naik ke dalam YouTube. Kata Khabir:-

Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.

khabir bhatia

Menurut Khabir lagi, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan yang menyelit adegan sebegitu dan diluluskan untuk tayangan. Kata Khabir lagi:-

Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik.

Abang Nara tak berapa tahu sangat konsep artistik itu yang bagaimana. Orang kata, orang seni ini cara melihat sesuatu benda itu lain. Bagi Abang Nara, nak buat filem boleh tetapi kenalah hormat adat dan agama sesuatu tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon itu sendiri beragama Islam. Tak gitu?

P.S: Nasihat daripada Matluthfi untuk lepasan SPM dan STPM

April 1st, 2013

Filem Sembunyi Amukan Azazil sedang hangat ditayangkan di pawagam sekarang ini. Ini adalah filem pertama arahan Khabir Bhatia. Dengar ceritanya, filem ini memang menarik dan penuh dengan kejutan. Itu daripada apa yang dibaca oleh Abang Nara di Twitter dan Facebook.

azazil

Namun hari ini, telah timbul satu kontroversi apabila pihak Grand Brilliance sendiri memuatnaik salah satu adegan “deleted scenes” filem ini di laman YouTube. Adegan ini merupakan adegan malam pertama di antara Remy Ishak dan Diana Danielle. Kalau dah namanya malam pertama, mestilah adegannya pun agak hebat kan?

Rata-rata komentar yang diterima memohon pihak Grand Brilliance untuk membuang video ini. Banyak penonton yang tidak memahami tujuan “deleted scene” ini dimuatnaik. Kalau dah tidak lepas di pawagam, mengapa perlu ditayangkan menerusi Youtube?
azazil
Kalau Farid Kamil tengok nie mesti panas hati dibuatnye. Hehehe ~~~ Apa kata anda?