May 9th, 2018

Hari ini ialah hari mengundi untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke-14. Rakyat Malaysia berduyun-duyun pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi demi masa depan negara.

Bagi sesetengah selebriti, mereka tetap menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara dengan mengundi. 

Terpancar kepuasan dan kegembiraan di riak wajah masing-masing kerana berjaya melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

March 13th, 2018

Panama Dance telah menular di negara ini dan nampaknya ia menarik minat ramai pihak, antaranya penjawat awam beberapa agensi  untuk membuat rakaman Panama Dance dan menularkannya di media sosial.

Namun begitu, Panama Dance telah diisytiharkan haram oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad. kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Ini mendorong pelakon Jasmin Hamid menulis mengenai double standards yang berlaku, kerana apabila ia dilakukan selebriti, ia pasti begitu mudah menerima kecaman Netizen.

f93fb404-2d22-40a8-84fb-151596a89b9f

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


65a1394a-cb2e-4204-889d-76cac988f2ef

Tarian Panama Dance – Ustaz Dr.Abd Basit Bin Abd Rahman #Panamadance #dakwah #viral #tular #kifarah #positivevibes #budaya #doayangbaikbaik

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Jasmin dipercayai merujuk kepada kesilapan yang dibuat oleh Neelofa dan syarikatnya melancarkan koleksi tudung dalam sebuah kelab malam minggu lepas. Keputusan Neeloifa itu menerima kecaman hebat Netizen sehinggakan beberapa orang Mufti telah memberikan pandangan.

Bagi Jasmin ini satu petunjuk bahawa semua orang membuat kesilapan, oleh sebab itu, tidak perlu berlebihan dalam mencaci selebriti apabila mereka melakukan kesalahan.

Mungkin juga ada betulnya apa yang dikatakan Jasmin. Semua orang berbuat silap, jadi ada baiknya merujuk kepada mereka yang pakar sebelum menularkan sesuatu. Penjawat awam merupakan contoh kepada rakyat biasa, jadi rakyat mudah terpengaruh dan tambah menularkan sesuatu yang tidak pasti hukumnya dalam agama. – beautifulnara.com

March 2nd, 2018

Mungkin ada yang sangka kerjaya sebagai seorang selebriti ini seronok dengan populariti, kemewahan dan menjadi pujaan ramai. Namun, disebalik semua itu, ada yang sebenarnya terpaksa berpura-pura mengukir senyuman di wajah mereka untuk memuaskan hati orang lain. Pendek kata, mereka tidak boleh menjadi diri sendiri.

Setiap perbuatan dan kata-kata mereka harus dikawal kerana mereka sering dijadikan contoh serta idola buat peminat.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Nazim Othman mendedahkan kehidupan sebenar seorang “public figure”.  Pada masa yang sama, Nazim mengambil kesempatan tersebut untuk “mensekolahkan” netizen yang berfikiran cetek terhadap selebriti dan lebih gemar untuk mencari kesalahan golongan tersebut.

Memang banyak kes selebriti mati bunuh diri kerana tekanan yang diterima apatah lagi mereka sering kali dihimpit presepsi negatif daripada masyarakat. Sebelum kecam, harapnya fikir lah dahulu.

February 26th, 2018

Majlis resepsi perkahwinan #FattZura turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti terdiri dari pelakon, penyanyi dan juga model.

Antara mereka ialah Michael Ang, Fasha Sandha, Mira Filzah, `Heliza Hemi, Elfira Loy, Lsa Surihani, Yusry KRU, Alvin Chong, Zizan Razak, , Izara Aishah, Sazzy Falak , Nazril Idrus, Bunga Citra lestari, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid, Ika Nabella, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Shah Rezza, Kavitha Kaur Sidhu, Anzalna Nasir, Nazim Othman dan ramai lagi.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit gambar: @shahrizanshafie