Written by Bella | June 6th, 2016

Penganjur Afjets Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman kumpulan Search sekiranya mereka tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM1.5 juta selepas melanggar kontrak serta menamatkan perjanjian dengan AFJets untuk mengadakan Konsert 35 Tahun Search.

Sehubungan dengan perkara itu, pemain drum Search,Yazit memaklumkan beliau tidak terlibat dengan saman berkenaan dan ia hanya ditujukan buat empat lagi anggota kumpulan Search yang lain.

Saman itu keputusan AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana.

Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah. Masalahnya hanya pada empat yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman (MOU).

Bagi Yazit, tindakan pihak AFJets cukup wajar apatah lagi kumpulan Search juga bersikap tidak profesional.

Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah.

Kalau mereka [Search] cerita [AFJet] tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak? Belum konsert, duit sudah ambil. Belum konsert, sudah potong nama orang. Mereka sudah pun tunjukkan sikap tidak profesional

Hendak komen lebih tentang kemelut ini tidak boleh juga, kerana kita sebagai pembaca dan peminat tidak tahu perkara yang sebenar. Kerana sesuatu perkara kumpulan yang cukup utuh dan kekal sehingga 35 tahun pun boleh jadi huru-hara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | June 6th, 2016

Kemelut antara kumpulan Search dan Yazit turut membabitkan pihak penganjur mereka iaitu AFJets Sdn Bhd dimana dalam satu sidang media sebelum ini, kumpulan rock berkenaan mendakwa pihak penganjur tidak mampu untuk mengadakan Konsert Search 35 Tahun dan gagal mematuhi memorandum persefahaman MoU. Oleh itu, Search telah menamatkan kerjasama antara AFJets secara serta merta.

Membalas semula pembatalan yang dibuat oleh pihak Search,  Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar, telah mengadakan satu sidang media pada 3 Jun lepas dan menafikan segala tuduhan  yang dilemparkan kepada mereka.

Penganjur itu juga meminta agar kumpulan Search tampil membuat permohonan maaf dan menuntut ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta atas tindakan mereka yang menjatuhkan reputasi AFJets. Malah, kumpulan itu didakwa menamatkan kontrak kerjasama secara tidak sah.

Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search pada sidang media ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini.

Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap AFJets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam (2 Jun). Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, notis saman akan menyusul.

Pihak AFJets juga sedang dalam perbincangan dengan Ticketpro soal memulangkan semula wang kepada mereka yang sudah membeli tiket sebelum ini.

Mengikut perancangan asal, Konsert Search 35 tahun sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 9 April lalu, namun ia ditunda kepada 30 Ogos depan, dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi lokasi baharu.

Sumber Berita : BH Online