Written by AbangNara | September 4th, 2014

Pergh~~~ Power sungguh Scha Al Yahya kerana berjaya tampil langsing, gorgeous dan kembali seperti zaman anak dara selepas selesai berpantang melahirkan anak pertamanya. Kagum Abang Nara dibuatnya. Abang Nara yakin Scha berusaha keras dan menjaga pemakanannya sehabis baik untuk mendapatkan kembali badan seperti ini. Mungkin Scha boleh berkongsi tips-tips serta amalan yang dilakukan sepanjang berpantang untuk dijadikan panduan buat kaum ibu yang lain.

scha al yahya

Selaku seorang selebriti penampilan haruslah diutamakan walaupun sudah bergelar seorang ibu. Berdasarkan pengalaman isteri Abang Nara, bukan senang untuk berpantang lebih-lebih lagi jika menyusukan anak. Memang sentiasa rasa lapar. Jadi Abang Nara respek kepada ibu-ibu seluruh dunia. Dahlah sakit yang amat melahirkan anak, lepas itu masih ada semangat yang jitu untuk membesarkan anak sambil berpantang. Hanya wanita yang bergelar ibu sahaja mampu melakukan semua itu.

scha al yahya

Dengan selesainya tempoh berpantang, ini bermakna tidak lama lagi Scha dan Awal akan mengumumkan nama dan memperkenalkan wajah anak mereka kepada kita semua. Tak sabar nak menunggu saat itu. Apa pun, Scha tampak makin berseri-seri dan tampak sangat keibuan sekarang ini. Lagi beberapa gambar Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.